20.4.11

Profil Penulis

KHAIRUNNISA BOHARI 
  • Nama penanya: Khayr Annisa, Dzatunnur
  • Dilahirkan di Muar, Johor pada waktu 'Asar 10 Ramadhan 1409H. 
  • Mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan dan sekolah agama kerajaan negeri di sekitar Puchong, Selangor.
  • Bersekolah menengah di SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam (Jan-Mei, 2002) dan kemudiannya berpindah ke SAM Bestari, USJ 5 Subang Jaya (Jun 2002-Dis 2006). 
  • Memperoleh Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2013, dalam bidang Sains Kemanusiaan, dengan pengkhususan utama: Linguistik Bahasa Arab (Kepujian) dan pengkhususan sampingan: Pengajian Qur'an dan Sunnah. 
  • Mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan koleksi sendiri sejak di alam persekolahan sebagai hobi. Karya pertama di media cetak ialah sebuah puisi moden berjudul Tiung Kecil (Tunas Cipta, September 2011).
  • Amat mencintai ilmu dan bahasa. Telah menghasilkan beberapa buah cerpen, puisi, pantun, artikel dan jurnal dalam tiga bahasa: Melayu, Arab dan Inggeris. Kini masih cuba-cuba belajar menulis parikan (pantun) dan geguritan (puisi) dalam bahasa Jawa. 
  • Cerpennya yang bertajuk "Irama Anak Selidi" telah menyertai Sayembara Penulisan Cerpen Dalam Talian sempena Hari Belia Malaysia 2011. Cerpennya yang berjudul "Manisnya Pengorbanan" pula telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab pada tahun 2012.
  • Mula melibatkan diri dalam seni debat ala parlimen (Bahasa Arab) sejak di Tingkatan 4. Aktif berdebat ketika di sekolah dan pusat asasi. Pernah menjadi jurulatih dan hakim Pertandingan Debat Bahasa Arab MUSLEH dan Kejohanan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah-Sekolah Piala UIAM (2010-2012). 
  • Berhasrat menjadi pemikir dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab Al-Quran dan bercita-cita untuk memiliki pusat latihan dan konsultasi Bahasa Arab yang menyumbang kepada pembangunan ilmu, dakwah dan tamadun ummah.
  • Seorang pelajar sarjana sepenuh masa. Sedang mengusahakan manuskrip buku sendiri. Mohon doa kalian. Jazakumullahu khayraljaza'..


___________________________________________________________________________________
KHAYR ANNISA @ khayrannisa.blogspot.com 
"Hidup mati biarlah untuk-Nya"