5.10.11

Senyumlah

Pada suatu pagi, di dalam sebuah kelas..
"Kenapa akak asyik tersenyum-senyum dari tadi?" Tanya saya kepada seorang kakak yang asyik tersenyum sejak saya tiba di dalam kelas itu.
"Saja je nak senyum kat kamu. Boleh kan?" Dia bersuara.
Saya tersenyum, lalu menjawab, "Boleh.. tak salah. Cuma pelik. Pelik tengok akak asyik tersenyum dari tadi."
"Dapat pahala kan kalau senyum?" Dia bertanya.
"Haah.. kenapa?"
"Tak ada apa. Kita buatlah yang mudah-mudah untuk dapat pahala. Senyum tu kan sedekah."
Saya mengangguk tanda setuju, tersenyum mendengar penjelasannya.
Benar.
Senyum itu sedekah yang paling mudah.
Tapi, ianya mestilah dilakukan kerana Allah dan pastikan senyum itu benar-benar lahir dari hati.

Senyum merupakan sebahagian daripada sunnah Rasulullah saw.
Senyum baginda bersinar dengan cahaya.
Senyumlah di kala senang dan susah. Hadapilah kesenangan dan kesusahan dengan senyuman.
Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri..


Senyum umpama impian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum ku tersenyum,
Kemesraan menguntum.


Senyum
Kepada semua,
Senyumanmu amatlah berharga.


Senyum
Membahagiakan,
Dengan Senyuman terjalinlah ikatan.
Saya kira ramai yang mengetahui lagu ini. Lagu yang sangat ringkas, tapi memiliki mesej yang jelas.
SENYUM :)
Ya, S.E.N.Y.U.M.
Tapi, biarlah bertempat!

عن أبي ذر رضي الله عنه قال : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : ولا تحقرن من المعروف شيئا ، ولو أن تلقي أخاك بوجه طليق. رواه المسلم

Daripada Abu Dzar r.a berkata : Rasulullah SAW telah berkataku : “Janganlah kamu memandang rendah (mencela) sesuatau kebaikan, sekalipun kamu berjumpa saudara kamu dengan muka yang berseri-seri”. [HR Muslim]