4.5.13

Terima Kasih, Abah!

Nasihat berguna abah,
kuanyam menjadi tikar azimat.

Leter bingit abah,
kuadun sebati mengacu semangat.

Usik gurau abah,
kusimpan dalam kotak ubat lelah.

Diam berisi abah,
kulakar menjadi lukisan indah.

Amarah agam abah,
kutabur bina benteng kehidupan.

Keringat halus abah,
kuseka dengan kain kejayaan.

Senyum manis abah,
mengurai resahku yang berselirat.

Redup kasih abah,
kan kuingat sampai hujung hayat.


Terima Kasih, Abah!


Semoga malaikat mengaminkan doa Abah. Semoga Allah menjawab semua doa Abah.
Amin, amin, amin.

___________________________________________________________________________________
KHAYR ANNISA @ khayrannisa.blogspot.com 
"Hidup mati biarlah untuk-Nya"