15.11.13

Motivasi Graduasi

29th IIUM Convocation Ceremony, 16th-18th November 2013
"Keinginan yang kuat untuk sukses ini tidak dibarengi dengan kesiapan untuk gagal. Harapan besar untuk selalu mendapat keberhasilan, tidak diikuti dengan kesiapan menanggung resiko kegagalan. Dampaknya, ketika menghadapi kegagalan, banyak manusia berputus asa dan bahkan menganggap dunia telah meninggalkannya. Padahal, kegagalan tidak selalu memberikan dampak negatif dalam kehidupan kita. Produk gagal tidak selalu menjadi petaka dalam dunia usaha."
Pak Cah, 23 Oktober 2012
"Membantu kebenaran itu janji Allah. Berusaha pula tugas hamba-Nya. Syariat Allah itu tujuan, sunnatullah itu keperluan. Muslim berkualiti komited memenuhi kedua-duanya."
UHAJ , Tak Kenal Maka Tak Cinta
 
Motivasi yang begitu menghidupkan. Ringkas, tapi cukup menggerakkan. Saya baca di sini dan sini.


Hujung Entri:
Ucapan Graduasi: "Selamat bergraduasi buat para graduan UIAM 2013, terutama sahabat-sahabat sepengajian. Moga kita menjadi produk-produk yang membawa barakah buat dakwah dan ummah. Penghargaan terindah saya kalungkan kepada Mak Abah, para pensyarah, semua murabbi, teman-teman dan ahli keluarga yang sentiasa mendoakan. 'Al-Sibawayh' yang bakal saya terima nanti adalah hadiah buat kalian.  Tidaklah 'Al-Sibawayh' itu membahagiakan saya melainkan ada keredhaan Allah bersamanya. Kepada adik-adik dan anak didik, ingat, dakwah seorang pelajar adalah akademiknya, jihad seorang pelajar adalah peperiksaannya. Study tetap nombor satu, tapi dakwah bukan nombor dua."


13.11.13

Tiang Iman

Source: Google

Hadiah hari ini.
Untuk diri sendiri dan kalian yang saya kasihi,
nikmatilah persembahan entri pendek yang tak seberapa ini.

IMAN umpama cerucuk dan tiang bangunan yang ditanam menjunam jauh ke dalam tanah. Ia menjadi pasak yang kukuh agar bangunan yang dibina menjadi teguh dan tidak roboh.

Biarpun tiang-tiang dan cerucuk-cerucuk yang tertanam itu tidak begitu terzahir pada pandangan mata manusia, namun kewujudannya pasti diketahui dan diakui oleh semua. Bangunan-bangunan yang teguh berdiri cukup membuktikan adanya paksi dari tiang dan cerucuk yang kuat menyokong.

Begitulah iman. Zatnya tidak dapat dilihat, tapi kewujudannya diketahui dan dirasai. Muslim yang benar-benar beriman pasti akan memberi aura yang baik. Dari jauh sudah dirasa kehangatan imannya. Akhlak mulia yang terpancar cukup mempesonakan siapa sahaja yang melihatnya dan memandangnya. Halus budi bicara yang terpacul dari bibir mukmin adalah sesuatu yang membahagiakan dan mendamaikan.

Personaliti yang positif ini terpamer kerana adanya iman dalam diri dan jiwa mukmin. Paksi keimanannya adalah aqidah yang sejahtera. Tiang iman yang ditanam dengan mendalam ia akan mampu menerbitkan paksi aqidah yang kuat dan menguatkan. Sebagai muslim yang ingin meraih syurga, sudah tentu iman seperti ini yang kita perlukan!

Ambil yang baik,
tinggal yang buruk.

Akhlak pekerti kena cantik,
barulah maruah diri tak terkutuk.

Selamat meng'upgrade' iman.

4.11.13

Menjengah Sekejap

"Saya mahu kamu menjadi orang yang kreatif dan kritis dalam berfikir. Debat adalah medan untuk kamu membina cara fikir yang matang. Bonusnya ialah kamu boleh jadi orang Melayu yang fasih bertutur dalam Bahasa Arab."
- Ustaz Najah bin Opir
 
Ma'al Hijrah Arabic Debate Championship 1435H / 2013M
Hari ini, saya sempat menjengah dua pasukan hebat yang sedang bersidang di peringkat separuh akhir.
Tahun ini, bukan rezeki saya untuk menjadi peserta mahupun juri.


Salam perdebatan,
Salam Maal Hijrah 1435H.


Hujung Entri
*Maaf kerana entri ini tidak berisi. Sekian, saya berhenti di sini. Banyak lagi amanat menanti.
*Saat ini, saya teringat akan anak didik debat saya, pelajar-pelajar saya, apa khabar iman dan Bahasa Arab antum?