25.3.13

(tiada.tajuk)

bismillah..

Sudah lama tidak menulis dengan jiwa. Sudah lama laman ini tidak bersuara. Gara-gara tuannya yang tidak menambah amal tangan dan buah fikiran di sini. Entah kerana tidak punya kuasa, mahupun tidak punya masa. Atau kedua-duanya hanya alasan yang diciptakan. Moga Allah SWT sentiasa memberikan kesempatan agar saya dan kalian tetap beramal dan beramal kerana-Nya dan demi-Nya.

"Pena, tinta dan kertas kamu adalah perjuangan selagi mana kebenaran tertulis dan tersampaikan kepada siapa sahaja yang membacanya. Teruslah ikhlas dalam menuliskan hikmah buat dikutip oleh jiwa-jiwa yang resah. Mudah-mudahan melalui tulisan-tulisanmu itu ada sesuatu yang membahagiakan, ada sesuatu yang menyedarkan. Tarbiyahlah manusia sepenuh dayamu, dengan cara apapun yang kamu mampu. Semoga Allah SWT sentiasa meredhaimu dan melimpahkan kebaikan ke atasmu."

Kata-kata ini hadir, mengejutkan saya daripada terus mengelamun tanpa tujuan. Tidak tahu ke mana tulisan-tulisan hendak diarahkan. Meskipun sebelum ini sudah ditetapkan hala tuju. Banyak manuskrip buku sendiri sedang dipacu. Alhamdulillah, hujahan kalam tadi memperkemas lagi misi.

Surah Fussilat : ayat 33
Maksudnya: 
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

Nota Entri:
*Rindu untuk menulis lebih lama lagi di sini.