3.2.14

tiada.tajuk

bismillah

Hari ini, sudah 3 Februari.
Usia semakin bertambah.
Begitu juga amanah.
Iman kita bertambah?

Bersiap-siap dari sekarang
bagi menghadapi Ramadhan
yang lagi 5 bulan di hadapan.

Supaya Syawal hijrah ini lebih bererti
dengan keimanan yang tinggi.
Supaya Syawal hijrah ini lebih indah
dengan pakaian taqwa yang termewah.

Kawan, ingatkan saya andai terlupa.
Terima kasih semua.

.
Hujung entri:
[hari ni besar sikit tulisan]

Hari ini, kelas pertama saya,
'Qura'anic Qiraat and Modern Linguistics'
القراءات القرءانية واللسانيات الحديثة
Oh, indahnya!

2.2.14

Tarbiyah Isteri 'Imran

bismillah

Pagi hujung minggu yang hening mengheret mahu sayu menjengah kisah keluarga 'Imran, sebuah keluarga yang Allah abadikan di dalam kitabul hikmah.

Terlalu banyak sirah menarik yang ditinggalkan oleh keluarga beriman ini. Segalanya punya ibrah. Ada nilai tarbiyah.

Mata ligat menekuni aksara yang tersusun. Tiba-tiba basah bila sampai di sini;



Biarpun kisah ini sudah banyak kali diulang sebut dalam beberapa siri pertemuan, enam tujuh tahun ke belakang, sentiasa membuatkan saya berfikir; Bagaimana tarbiyah yang diterima oleh isteri 'Imran?

.
Hujung entri:
Cukup dulu sampai sini. Mungkin nanti kita sambung lagi. In shaa Allah.

1.2.14

Untitled

bismillah

Untuk menjadi yang terbaik,
kita perlu melakukan
dengan usaha yang terbaik.

Untuk mendapatkan yang terbaik,
kita memang perlu
bersusah-payah dan bermujahadah.

Yang terbaik, kita laksanakan.
Maka, bermujahadahlah!

Hakikat:
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.


Salam juang penuh cinta,
khairunnisa.bohari

.
Hujung entri:
'baru.balik.walimah.kawan.suami.isteri.satu.sambest.siapa.lagi.yang.se-sambest.lepas.ni?'
'terima.kasih.kawan.jadi.pemandu.kepala.baru.ringan.hari.ni.alhamdulillah.'


Monolog Subuh Sabtu

الحمد لله على كل حال ونعمة
Segala puji bagi Allah atas setiap hal dan nikmat yang dikurniakan.
.
Melangit ucap syukur. Berharap cinta daripada Dia, ucapan syukur yang kutuju kepada-Nya.
.
Setiap hari, Allah SWT melihat siapa dari kalangan manusia yang bersyukur, dan siapa yang kufur.
.
Realitinya, sudahpun disebutkan di dalam al-Quran di banyak tempat, antaranya;
“Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikan-Nya) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri(nya).” (QS.27:73)
.
Lalu, kita hamba dalam golongan yang mana?
.
Doa bangun tidur. Bertahajjud dengan khusyu'. Solat subuh di awal waktu, berjemaah semampunya. Tilawah al-Quran. Hisnul Muslim dan zikir lainnya yang menepati sunnah.
.
Nah, buktikan kesyukuran kita melalui amal-amal ini. Syaratnya, jaga hati supaya sentiasa ikhlas kerana-Nya, demi-Nya dan untuk-Nya.

.
Hujung Entri:
#tulisansubuh1februari#