"Semua orang di dunia ini bukan pemalas, tetapi cuma tidak termotivasi."
[Helvy Tiana Rosa; SERUMPUN 081011]
10.10.11
Tampal III-IV
5.10.11
Senyumlah
Pada suatu pagi, di dalam sebuah kelas..
Senyum itu sedekah yang paling mudah.
Tapi, ianya mestilah dilakukan kerana Allah dan pastikan senyum itu benar-benar lahir dari hati.
Senyum merupakan sebahagian daripada sunnah Rasulullah saw.
Senyum baginda bersinar dengan cahaya.
Senyumlah di kala senang dan susah. Hadapilah kesenangan dan kesusahan dengan senyuman.
Tapi, biarlah bertempat!
"Kenapa akak asyik tersenyum-senyum dari tadi?" Tanya saya kepada seorang kakak yang asyik tersenyum sejak saya tiba di dalam kelas itu.Benar.
"Saja je nak senyum kat kamu. Boleh kan?" Dia bersuara.
Saya tersenyum, lalu menjawab, "Boleh.. tak salah. Cuma pelik. Pelik tengok akak asyik tersenyum dari tadi."
"Dapat pahala kan kalau senyum?" Dia bertanya.
"Haah.. kenapa?"
"Tak ada apa. Kita buatlah yang mudah-mudah untuk dapat pahala. Senyum tu kan sedekah."
Saya mengangguk tanda setuju, tersenyum mendengar penjelasannya.
Senyum itu sedekah yang paling mudah.
Tapi, ianya mestilah dilakukan kerana Allah dan pastikan senyum itu benar-benar lahir dari hati.
Senyum merupakan sebahagian daripada sunnah Rasulullah saw.
Senyum baginda bersinar dengan cahaya.
Senyumlah di kala senang dan susah. Hadapilah kesenangan dan kesusahan dengan senyuman.
Senyum seindah suriaSaya kira ramai yang mengetahui lagu ini. Lagu yang sangat ringkas, tapi memiliki mesej yang jelas.
Yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri..
Senyum umpama impian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum ku tersenyum,
Kemesraan menguntum.
Senyum
Kepada semua,
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum
Membahagiakan,
Dengan Senyuman terjalinlah ikatan.
SENYUM :)Ya, S.E.N.Y.U.M.
Tapi, biarlah bertempat!
عن أبي ذر رضي الله عنه قال : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : ولا تحقرن من المعروف شيئا ، ولو أن تلقي أخاك بوجه طليق. رواه المسلم
Daripada Abu Dzar r.a berkata : Rasulullah SAW telah berkataku : “Janganlah kamu memandang rendah (mencela) sesuatau kebaikan, sekalipun kamu berjumpa saudara kamu dengan muka yang berseri-seri”. [HR Muslim]
4.10.11
Cawan Tinta Kembali Berisi
Kalau tiada secawan tinta,
Takkan kugubah sebaris puisi;
Kalau bukan kerana cinta,
Takkan aku menulis di sini.
Kata Sayyid Qutb,
Wahai diri yang merindui pengislahan,
Inilah hadiah untuk kalian,
Ayuh, mari direnungkan!
Nota Entri:
*Sayyid Qutb ialah seorang tokoh muslim yang aktif dalam gerakan dakwah dan penulisan. Penulisan-penulisannya menjadi panduan dan sumber inspirasi kepada para petugas Islam. Antara karangan beliau ialah Tafsir Fi Dhilal al-Quran dan Petunjuk Sepanjang Jalan.
Takkan kugubah sebaris puisi;
Kalau bukan kerana cinta,
Takkan aku menulis di sini.
Kata Sayyid Qutb,
Inilah hasil keimanan,
Iman yang kukuh dan subur.
Membuka mata dan hati,
Menumbuhkan kepekaan,
Menyirami kejelitaan, keserasian dan kesempurnaan.
Iman adalah persepsi baru terhadap alam,
apresiasi baru terhadap keindahan,
dan kehidupan di muka bumi,
di atas pentas ciptaan Allah,
sepanjang malam dan siang..
Wahai diri yang merindui pengislahan,
Inilah hadiah untuk kalian,
Ayuh, mari direnungkan!
Nota Entri:
*Sayyid Qutb ialah seorang tokoh muslim yang aktif dalam gerakan dakwah dan penulisan. Penulisan-penulisannya menjadi panduan dan sumber inspirasi kepada para petugas Islam. Antara karangan beliau ialah Tafsir Fi Dhilal al-Quran dan Petunjuk Sepanjang Jalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)