Seorang anak yang sangat mengasihi dan menghormati orang tuanya, kakak yang selalu mendoakan tiga orang adik di bawahnya, anak murid yang tidak pernah melupakan guru-gurunya.
Kembara, bahasa, budaya, seni, buku dan pembangunan diri adalah ruang bicara kesukaannya.
Dia pernah dilema di antara dua persimpangan jalan ilmu; perubatan yang merupakan bidang cita-citanya atau bahasa Arab yang menjadi jurusan kecintaannya. Dia telah membuat pilihan atas kerelaan hati dan berjanji tidak akan menyalahkan diri sendiri, dengan restu kedua-dua orang tua mengiringi.
Hari ini, bahasa dan pendidikan merupakan gelanggang medan dia beraksi. Dia seorang guru yang optimis, pendidik yang berjiwa besar; yang semakin berani bermimpi setiap hari dan berikhtiar menjadikannya sebuah realiti. Dia kini sedang berusaha mempersiapkan diri sebelum kewalahan menabur bakti. Demi masa depan agama dan umat, dia menyahut seruan Tuhan dan Rasul yang dia imani.
Tentang siapa belahan jiwanya, dia sendiri belum temui. Tetapi dia amat meyakini bahawa Tuhannya Yang Maha Melindungi tak pernah membiarkan dirinya bersendiri.