11.11.21

Belajar Daripada Anak Didik

Sesi persekolahan pada kali ini tidak seperti biasa. Tempoh kelas bersemuka disingkatkan bagi mengurangkan jumlah masa pertemuan fizikal. Bagi pihak pengurusan, inilah langkah terbaik yang boleh dilaksanakan bagi memastikan tiada penularan wabak COVID-19 di sekolah tempat saya berkhidmat. Oleh yang demikian, kelas Tahap Tujuh atau Tingkatan Satu yang sebelum ini berakhir pada pukul 4:00 petang, kini bersurai tiga jam setengah lebih awal. Bermakna, para pelajar pulang ke rumah masing-masing pada pukul 12:30 tengah hari.

Sesi pembelajaran tidak berhenti di situ. Meskipun pelajar pulang awal, pembelajaran masih diteruskan di sebelah petang secara kendiri. Setiap hari, pelajar akan diberi tugasan untuk dilakukan di rumah masing-masing. Taklimat disampaikan sebaiknya dalam sesi Morning Circle atau sebelum mereka berangkat pulang.

Tugasan bagi pelajar-pelajar kelas Tahap Tujuh pada hari semalam ialah menyelesaikan pembacaan kendiri dan menuliskan sesuatu selepas selesai membaca. Pada kebiasaannya, mereka diminta untuk membuat rumusan kandungan buku yang dibaca secara bertulis dalam bentuk perenggan. Namun, pada kali ini saya membuat sedikit kelainan. Saya meminta pelajar untuk berkongsi tentang isi pembelajaran dalam bentuk yang lebih mudah menggunakan bullet point. Setiap pelajar ditugaskan untuk menulis sekurang-kurangnya tiga perkara yang dipelajari daripada kandungan buku yang dibaca di dalam kumpulan WhatsApps kelas.

Satu demi satu respons diterima. Daripada pelbagai jawaban yang dihantar, saya cukup terkesan dengan perkongsian ini kerana pengajaran yang dikongsikan ibarat kata-kata semangat yang deep dan menusuk jiwa.





Setiap tugasan yang diberi kepada pelajar bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan kaedah pentaksiran, tetapi juga melatih mereka berfikir bagi meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi dan menghasilkan output secara lisan ataupun bukan tulisan.  

Sebagai warga pendidik, tugas hakiki kami bukan sahaja mengajar kurikulum yang tersedia mengikut ketetapan masa yang dijadualkan, bahkan juga memanusiakan anak-anak didik dengan menyemai dan memupuk nilai-nilai murni atau pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakukan mereka dalam kehidupan.

Apabila pelajar belajar daripada gurunya, hal ini bukanlah sesuatu yang asing kerana peranan guru sememangnya mengajar dan mendidik. Pelajar datang kepada guru untuk menuntut ilmu pula adalah sesuatu yang wajar dan lumrah. Namun, fenomena yang sebaliknya boleh sahaja berlaku iaitu guru belajar daripada pelajarnya. 

Inilah peristiwa yang saya alami semalam. Belajar daripada respons yang menginspirasi. Kenyataan yang saya lalui ini menunjukkan bahawa pendidik juga - saya secara khususnya - memerlukan peringatan dari segi kata-kata semangat yang boleh membangkitkan motivasi diri serta membentuk pola fikir yang positif seterusnya mengarahkan tindakan kepada yang lebih baik.

Wahai, anak-anak didikku,
Teruslah bertumbuh menjadi pepohon yang kuat, yang menjadi pasak di pergunungan umat.

Guru yang masih berguru,
Teacher Nisa

“True teachers are those who use themselves as bridges over which they invite their students to cross; then, having facilitated their crossing, joyfully collapse, encouraging them to create their own.” – Nikos Kazantzakis


 

8.11.21

Kembali

bismillah

Entri ini adalah tulisan pertama saya setelah genap tujuh tahun blog ini tiada perkembangan. Sepanjang tujuh tahun lalu, saya sebenarnya sudah cuba mendaftar masuk akaun Blogger dengan banyak kali percubaan. Namun semuanya gagal.

Tujuh tahun adalah suatu tempoh yang sangat lama. Jika blog ini adalah anak saya, sudah tentu dia kini berada di Darjah Satu. Dalam Islam, usia tujuh tahun dianggap sebagai umur kecerdikan. Istilahnya yang masyhur, mumaiyiz. Bermaksud, kanak-kanak yang sudah sempurna akalnya dan dapat membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk. 

Selama tidak dapat masuk ke blog sendiri, saya hanya mampu mengunjunginya dan membaca semula semua tulisan lama yang ada. Tulisan-tulisan lama yang dibaca membawa saya kembali ke dunia lampau lalu mengenali diri sendiri; siapa, apa, di mana, bila, mengapa dan bagaimana saya pada ketika itu. Kemudian, membandingkan diri sendiri; antara yang lama dengan yang baharu. Bukan untuk dikesali, tetapi untuk dipelajari. 

Alhamdulillah, syukur. Pada kali ini, dengan izin-Nya dapat saya mendaftar masuk menggunakan akaun sendiri tanpa sebarang pertukaran kata laluan. Entah di mana silapnya semasa percubaan-percubaan dahulu. Yang pasti, keinginan yang kuat untuk kembali menulis di sini mendorong saya untuk mencuba lagi dengan pelbagai cara.

Menulis bagi saya, bukan sekadar coretan atau catatan tentang kehidupan. Bahkan, dunia penulisan adalah salah sebuah medium untuk menyampaikan ilmu dan membina pemikiran bangsa. Selain saya berharap agar dapat meraih pahala jariah dan ganjaran daripada-Nya.

Kerana saya adalah seorang wanita normal - yang fitrahnya suka berkongsi rasa dan cerita (haha), maka saya akan terus merakamkannya di sini menjadi memori. In shaa Allah.

Kerana saya adalah seorang pendidik - yang mahu menanam budaya ilmu dan menyebar kebaikan agar mengakar dalam masyarakat sehingga terbangunnya kualiti umat, maka saya akan terus melakukannya di sini dalam bahasa tulisan. In shaa Allah.

Hanya kepada-Mu lah aku memohon kudrat,
Hanya kepada-Mu jualah aku meminta semangat.

"Demi pena dan apa yang mereka tulis."
(Al-Qalam: 1)

"Let me live, love, and say it well in good sentences."
- Sylvia Plath


 

5.11.14

Karakter Guru Muslim

Musim cuti sekolah.
Mari kita recharge energy!

Bahan bacaan saya di musim cuti sekolah ini ialah sebuah buku terjemahan bahasa Indonesia. Menyentuh tentang karakter seorang guru Muslim; bagaimana seharusnya kualiti yang perlu ada pada seseorang pendidik dari sisi agama.

Ruhiyah dan Akhlaqiyah. Seseorang pendidik mestilah beriman kepada Allah, beriman kepada Qodha’ dan Qadar Allah, beriman dengan nilai-nilai Islam yang abadi, melakukan perintah-perintah yang diwajibkan agama dan menjauhi segala yang dilarang agama, baik dalam perkataan mahupun dalam perbuatan.

Asas dan penopang guru dalam mengajar adalah untuk menyebarkan ilmu dan demi merengkuh pahala akhirat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi, Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di neraka.” (HR Al-Bukhari)

Tidak emosional. Yang dimaksudkan dengan kata ini mampu mengekang diri meredam kemarahan teguh pendirian, dan jauh dari sikap sembrono tidak didasari dengan pemikiran yang matang.

Rasional. Sifat ini sangat penting. Seseorang guru harus mampu untuk menyelesaikan permasalahan dengan baik, cerdas dan lincah, serta kuat daya ingatannya.

Sosial. Yang termasuk dalam sifat ini adalah menjalin hubungan baik dengan orang lain, baik di kala senang mahupun susah, khususnya dengan orang-orang yang bertanggungjawab dalam dunia pendidikan.

Fizikal yang sihat. Yang dimaksudkan sifat ini adalah, kesihatan badan, ketangkasan tubuh dan keindahan fizikal.

Profesional. Yang termasuk dalam sifat ini adalah keinginan dan kecintaan yang tulus untuk mengajar, serta yakin atas manfaat dari pengabdianya terhadap masyarakat.

"Seorang guru professional harus merasa bahwa dirinya adalah “pemilik risalah” dan dia harus menyadari dengan kemuliaannya serta mengamini urgensinya. Di samping itu, ia tidak kikir untuk menyampaikan kebaikan dan tidak memandang remeh hal-hal yang bisa menghalangi langkahnya untuk menyampaikan kebaikan. Sungguh, kemuliaan seorang guru disebabkan karena tugas-tugasnya, pembelaannya terhadap kebenaran, seruan menjaga kesucian jiwa, dan menjaga kemuliaan misi pendidikan dan membelanya." (halaman 11)

Petikan ini daripada buku 'MENJADI GURU YANG DIRINDU'. Buku asal, (كيف تصبح معلما متميزا) Kaifa Tushbihu Mu’alliman Mutamayyizan, ditulis dalam bahasa Arab oleh dua orang penulis dari Timur Tengah, iaitu Mahmud Khalifah dan Usamah Quthub.

Semoga kita terus saling berbahagi dengan penuh cinta.

12.10.14

Buah Tangan Murabbi

"Betul ini keputusan Kakak?" 
"Ya. Kakak dah bulat dengan keputusan ini." 
"Kalau macam tu, terpulang. Semoga Allah bantu dan permudahkan sampai ke hujungnya." 
"Amin, in shaa Allah. Terima kasih. Apapun yang Allah aturkan di hadapan, in shaa Allah Kakak sedia hadapi dan tak akan salahkan sesiapa." 

Ini dialog tujuh tahun lepas. Ubah hala tuju pendidikan di minggu pertama asasi. Dari bidang perubatan kepada Bahasa Arab. Di Malaysia, dua bidang ini benar-benar terpisah. Begitu juga di negara-negara luar. Lalu, saya harus membuat pemilihan antara dua pilihan. Antara dua cinta dan dua cita-cita. 

Tahun lepas, pada hari seperti hari ini (hari ke-2 konvokesyen UIAM), anugerah 'Sibawayh' yang diterima membuatkan saya terasa memikul satu amanah. Terbit rasa mahu memberi khidmat yang terbaik untuk masa depan ummah. (Sebenarnya malu kerana merasa masih belum layak menerima gelaran ini.)

Bukan anugerah yang mahu dijaja. Tetapi, isi utama yang mahu disampaikan di sini ialah asy-syu'ur bil-mas'uliyyati nahwa al-'ilmi. Rasa bertanggungjawab terhadap ilmu yang dipelajari. Ilmu yang kita ada, haknya ialah disampaikan, diajarkan, dan diamalkan sehingga benar-benar dimanfaatkan untuk maslahah umum dan khusus. 

Bodoh atau pandai, pada saya, ini bukanlah ukuran hakiki kejayaan. Ukuran sebenar kejayaan ialah pada tempat akhir kehidupan akhirat kita. Syurga atau neraka. Orang yang berjaya ialah orang diselamatkan daripada seksa neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Inilah yang disebutkan di dalam al-Quran:

 فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ 
[Surah Aali 'Imran: 185] 

Terjemahan: "Ketika itu (hari kiamat) sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." Justeru, marilah kita mengamalkan ilmu dengan lebih baik sehingga Allah meredhai kita dan menjemput kita menjadi ahli syurga-Nya. Harapan saya pada majlis konvokesyen tahun lepas, "Semoga Allah membantu para graduan dalam menjadi hamba-Nya yang terbaik, yang akan membahagiakan ibu bapa di akhirat sepertimana bahagianya mereka pada hari ini." 

*** 
Kata 'Aisyah r.a, Nabi s.a.w apabila melihat (sampai kepada beliau) perkara yang menyenangkan, beliau mengucapkan:

 الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 
"Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus solihaat" 
-yang bermaksud: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna." 

dan apabila beliau s.a.w melihat (sampai kepada beliau) sesuatu yang tidak beliau sukai, beliau s.a.w mengucapkan:
 الحمد لله على كل حال 
"Alhamdulillahi a'la kullihal" 
-yang bermaksud: "Segala puji bagi Allah atas semua keadaan."

Hadis hassan: HR Ibnus Sunni dalam 'Amalul Yaum wal Lailah (no.378), Ibnu Majah (no.3803), dan al-Hakim (i/499), di hasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah (no.265) 

*** 
Sampai hari ini, 'Sibawayh' masih tak melupakan 'Ibn Sina'. 


Hadiah untuk anak halaqah yang bergraduasi tahun ini.
*** 
Tahniah buat semua graduan. Bersyukurlah dengan memuji Allah dan mentaati-Nya, juga dengan berbakti kepada ibu bapa kalian.
سيروا على بركة الله 

*** 
Semoga pada tahun hadapan saya dapat pakai robe dengan two lines di tangan. Amin!

8.10.14

Linguistik Kanak-kanak

Klik gambar untuk besarkan.

Nota 1 
Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang belajar lebih daripada satu bahasa akan mencapai satu tahap penguasaan bahasa yang sama dengan kanak-kanak yang bercakap satu bahasa sahaja. (Zurer Pearson, B., Fernandez, S. C., Kimbrough Oller, D. , 1993.) 

Nota 2 
Kanak-kanak dapat belajar dua bahasa dalam satu masa. Pada awalnya, mereka mungkin dapat menguasai sedikit sahaja perkataan dalam setiap bahasa yang dipelajari. Akan tetapi, ia bukan bermakna kanak-kanak ini bermasalah dalam bahasa. Kajian menunjukkan bahawa sekiranya anda mengajar dua bahasa kepada kanak-kanak, kosa kata kanak-kanak ini sama sahaja dengan kosa kata yang terdapat pada kanak-kanak yang hanya belajar satu bahasa sahaja. Sesetengah ibu bapa risau anaknya akan melupakan bahasa kandung atau bahasa ibunda mereka. Hal ini ternyata tidak benar. Selagi mana ibu bapa menggunakan bahasa yang teratur di rumah, maka kosa kata bagi bahasa di rumah itu akan terus berkembang pesat. (Pearson, B. Z., Fernandez, S. C., Lewedey, V., & Oller, D. K., 1997) 

Nota 3 
Apabila genap usia dua tahun, kanak-kanak sepatutnya telah mempunyai jumlah kosa kata sekurang-kurangnya 200 perkataan. (Chapman,2000; Miller, 1981; Weiss, Gordon, Lillywhite, 1987) 

Untuk pencerahan lain, baca sini dan sini

Q: Should I become a specialist in speech-language therapy or at least a speech-language therapist? 

13.9.14

...

Alam ciptaan Tuhan. Padanya ada ketenangan.



Inilah sahabat
Yang setia
mendengar cerita
Tempat curhat
Tempat berehat.

Lari sekejap, uzlah
Rekreasi hati, gagah
Kisah semalam
Simpan dalam-dalam.

Ayuh, teruslah berjalan mengutip hikmah.

Senyum.

"Sabbaha lillahi ma fissamaawaati walardhi."

Subhanallah!


kb.300814.airterjunsgkanching


4.9.14

Touching!

Kekurangan yang ada bukan alasan untuk kita tidak berusaha mendapatkan syurga. Selagi ada nyawa dan hati, lakukanlah dengan yang terbaik. Kenapa saya sebutkan hati? Kerana hati adalah tempatnya niat. Bisa kita diberikan pahala setelah berniat mahu lakukan kebaikan meskipun belum sempat melaksanakan.

Kawan,
Allah SWT adalah as-Samii', Maha Mendengar luahan kita. Dia al-'Aleem, Maha Mengetahui harapan kita. Dia al-Baseer, Maha melihat usaha kita. Berusahalah selagi punya kesempatan. Moga-moga Allah SWT memilih kita untuk masuk ke dalam syurga-Nya dengan kemuliaan dan keredhaan.


One day he (Prophet Muhammad SAW) took Mu’adz ibn Jabal r.a by the hand and said, "O Mu’adh, by Allah SWT, I love you, and I advise you. O Mu’adh, never forget to recite (this dua), after every prayer." 
   اللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ 
O Allah! Assist me in remembering You, in thanking You, and in worshipping You in the best of manners.  
[Sahih Ahmad 5:245, Sahih abu Dawud 2:86, an-Nasa'i]


(Surah al-Fajr: ayat 27-30)


Ingatkan saya, andai saya lupa apa yang saya tuliskan di sini.

Allahumma adkhilna al-jannata wa na'uudzu bika min sakhotika wa an-naar. Ameen! 

Till we meet again in Jannah, in shaa Allah..
"He is the Ever-Forgiving, the All-Loving." (85:14)

The Real Hero

bismillah..






Anak-anak ini, hero mereka wujud di alam realiti. Al-Qassam. Hero yang hidup, ada juga yang terlebih dahulu menggapai syahid. Karakter hero-hero mereka hidup dalam batang tubuh pemilik-pemiliknya. Watak yang hidup ini benar-benar telah meniupkan semangat jihad dalam jiwa anak-anak al-Aqsa dan muslim di seluruh pelosok bumi.

Ada yang persis Abu Bakr as-Siddiq, setia dan berani membenarkan. Ada yang seperti Umar al-Khattab, pemberani yang lantang. Ada juga yang penyantun dan penyayang serupa Uthman ibn Affan. Ada pula yang dimuliakan kehormatannya seperti Ali ibn Abi Talib.

Lagi, ada yang suka memberi dan berkorban kekayaan persis Abdurrahman ibn 'Auf. Ada yang menjadi perajurit sehebat Zubair al-'Awwam. Ada yang memanah tepat sehandal Saad ibn Waqas. Ada juga yang menjadi seperti si 'Syahid Yang Hidup', Talhah ibn Ubaidillah. Ada pula yang menjadi 'Orang Kepercayaan Ummat' seperti Abu Ubaidillah al-Jarrah. Ada yang sabar dan memiliki hati setulus Said ibn Zaid.

Juga, ada yang menjadi pahlawan hebat seperti sahabah dan sahabiah baginda yang syahid mempertahankan aqidah, memperjuangkan tanah-tanah Islam, meninggikan kalimah tauhid La ilaaha illa Allah, dan yang selainnya.


Lalu, watak seperti apa yang menjadi hero bagi diri kita? Hero seperti siapa yang mahu diceritakan kepada anak-cucu kita? 

_
Hujung entri:
*Masih cuba menghadam lumat "Segenggam Iman Anak Kita" demi membina generasi baru yang dinanti, yang tak takut dicaci, dan tak gentar mati, sehingga mereka berkata, "Cita kami hidup mulia atau syahid mendapat syurga." Semoga Allah SWT terus membantu saya menabur benih, membina bakal-bakal guru berjiwa murabbi rabbani. Mohon doa kalian. Jazakumullahulkhayr.
*Merdeka seorang Muslim ialah apabila telah ada al-bara' dan al-wala' dalam hidupnya. Bara' (melepaskan diri, bebas daripada syirik) terhadap selain Allah SWT, wala' (setia dan hanya menyembah Allah SWT, tidak melakukan syirik) terhadap Allah SWT. Salam Merdeka!

21.8.14

'Ibrah Kisah

Nama dalam cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Mysarah dan Mary tinggal serumah. Mereka baru sahaja berpindah ke Selahyunk. Peribadi Mysarah sangat menyenangkan setiap mata yang melihatnya. Dia sentiasa berpakaian blaus panjang dan gaun labuh. Tudungnya sempurna sekali. Identitinya sebagai muslimah mudah sekali dikenal pasti. Lain pula cerita si Mary. Mary, namanya yang tertera pada kad pengenalan ialah Mariam binti Abdullah. Dia sangat senang dikenali sebagai Mary. Suka berpakaian singkat, pendek, ketat, jarang. Kain bajunya tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Dia sangat selesa berpakaian seperti itu.

Setiap hari, Mysarah berdoa agar teman serumahnya itu dibukakan pintu hati agar berubah. Berhijrah ke daerah yang baru. Daerah yang penuh dengan cahaya kebenaran. Jauh daripada belenggu jahiliyyah.

Suatu hari,
selepas Mysarah mendirikan solat fardhu isya'..

Mysarah : Janganlah kau terus sia-siakan hidup kau, Mary.

Mary : [menjawab dengan selamba] Eh, mana I pernah sia-siakan hidup I ? Setiap hari I enjoy. Tak pernah sedih pun. You tu yang masih kuno lagi.. Tak mau ikut trend sekarang. Kolot!

Mysarah : Biarlah hidup aku begini. Asalkan aku masih ada pegangan agama. Aku sedih kau jadi begini. Kita kan orang Islam, jadi hiduplah cara Islam!

Mary : You nak sedih, sedihlah. I tetap happy dengan cara I. Enjoy!

Maysarah : Dengarlah cakap aku, Mary. Bertaubatlah sekarang, jangan terus bermaksiat begini..

Peen! Peen!


Mary : Ahh.. Malaslah I nak dengar you berkhutbah kat sini. Okay, customer I dah sampai.

Tiba-tiba..

Gedebangg! Bongg!

Mysarah : Hah?! Bunyi apa kat luar tu? [berlari keluar rumah, melihat kejadian yang berlaku]

Mysarah : Mary!!! Masya-a Allah..

Pemandu : [dengan rasa bersalah] Maaf, kak. Saya tak sempat mengelak. Tiba-tiba je dia melintas.

Apek : [berjalan menuju ke tempat kemalangan] Ayo..wa sulah bayar deposit woo.. Sikalang siapa mau ganti dia?

Mysarah : Astaghfirullah!! Boleh lagi apek ni! Ni.. nampak orang dah mati ni. Ni! [sambil menunjuk mayat Mary]

Pemandu : Assalamualaikum. Balai Polis Selahyunk, saya nak buat laporan...
*Cerita ini diadaptasi daripada sebuah kisah dalam Majalah Solusi.

Cerita tanpa pengajaran adalah cerita kosong.
Cerita berisi adalah nasihat dan sedekah.

Sekarang, cuba anak-anak senaraikan nilai-nilai kebaikan dan keburukan yang ada dalam cerita di atas.


Keburukan :
  • Nama panggilan yang tidak elok, menyerupai golongan bukan Islam.
  • Berpakaian tidak sopan, menyalahi syari'at Allah swt.
  • Tiada rasa bersalah apabila ditegur tentang perkara yang benar.
  • Memilih maksiat sebagai jalan hidup.
  • Tamak harta, sehingga sanggup menjual diri.
  • Mengutamakan wang daripada nyawa.

Kebaikan :
  • Menjaga identiti Islam.
  • Berpakaian sopan dan menutup aurat.
  • Mendirikan solat fardhu.
  • Mengaku kesalahan diri.
  • Membantu apabila ada yang meminta pertolongan.
  • Menasihati teman setiap masa.

Sedarlah bahawa hidup ini bukan untuk selamanya. Ajal manusia urusan Allah. Tiada siapa yang tahu. Urusan kita hanyalah bersiap sedia menghadapi kematian. Bersediakah kita?

 
Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata:
Rasulullah SAW sebagai orang yang jujur dan dipercayai bercerita kepada kami: "Sesungguhnya setiap individu kamu mengalami proses penciptaan dalam perut ibunya selama empat puluh hari (sebagai nutfah). Kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula.

Selanjutnya Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk menulis empat perkara, iaitu: menentukan rezekinya, ajalnya, amalnya serta apakah ia sebagai orang yang sengsara ataukah orang yang bahagia.

Demi Zat yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya salah seorang dari kamu telah melakukan amalan penghuni surga sampai ketika jarak antara dia dan syurga tinggal hanya sehasta saja namun kerana sudah didahului takdir sehingga ia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu telah melakukan perbuatan ahli neraka sampai ketika jarak antara dia dan neraka tinggal hanya sehasta saja namun kerana sudah didahului takdir sehingga dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga."

(Shahih Muslim No.4781)


Hujung entri:
*Menghadam "Segenggam Iman Anak Kita". Buah pena yang membentuk jiwa menjadi hamba, berpijak di bumi yang nyata. Pengajar tidak sama dengan pendidik. Saham seperti apa yang kau mahu laburkan?
*Maaf, entri ini berterabur..


17.8.14

Baitul Muslim: Mulanya Daripada Diri Kita

Di awal sebuah pertemuan, seorang anak halaqah bertanya kepada murabbiyahnya, “Akak, betulkah Uswah (bukan nama sebenar) akan berkahwin dalam masa terdekat ini?”

Murabbiyah senyap. Pertanyaan hanya dibalas dengan senyuman. Respon tanpa suara dengan diam seribu bahasa tidak cukup menyakinkan anak halaqohnya. Lalu diulang pertanyaan, “Akak, benarkah Uswah akan berkahwin tidak lama lagi?”

Murabbiyah yang tidak tahu apa-apa, tidak mampu mengiakan atau menafikan. Dalam hal seperti ini, seharusnya murabbiyah maklum dahulu sebelum ahli-ahli yang lain. Sang murabbiyah memandang ke arah Uswah dan mengajukan soalan kepadanya, “Uswah memang mahu kahwinkah dalam masa terdekat ini?”

Uswah yang dari tadi senyap sunyi dengan segan silu menjawab, “Tidaklah, kak. Saya bergurau sahaja. Tapi sebenarnya, saya memang mahu bernikah. Kalau boleh dalam tahun depan. Yang penting, sebelum umur saya menjangkau angka 25.”

Murabbiyah yang ‘ingat-ingat lupa’ bertanya, “Tahun ini, umur Uswah berapa?”

Jawapan bersahaja, “20 tahun. Tahun depan sudah 21, kak.”


FITRAH INGIN BERPASANGAN

Salahkah Uswah memiliki keinginan dan perancangan sedemikian? Tidaklah salah andainya pernah terbit keinginan untuk mempunyai pasangan agar kedua-duanya bisa saling mengasihi dan mencintai, kerana hal ini merupakan fitrah manusia. Bahkan, fitrah ini perlu disyukuri kerana ia merupakan anugerah yang indah kurniaan Allah SWT kepada para hamba-Nya.

Bukanlah suatu kesalahan sekiranya merancang untuk membina rumah tangga muslim ketika di usia yang sangat muda. Bahkan benar, daie itu bukan seperti sami-sami atau rahib-rahib yang meluruhkan seluruh jiwa dan diri mereka kepada tuhan berhala yang mereka sembah sehingga tercatit larangan untuk membina keluarga sendiri iaitu dengan berkahwin.

“Maha Suci Allah Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” [Surah Yaa Sin : Ayat 36]

Terjemahan ayat di atas jelas mengkhabarkan bahawa Allah SWT menciptakan setiap sesuatu itu berpasangan. Islam menjadikan pernikahan sebagai langkah terhormat untuk meraikan perasaan kasih sayang di antara dua jenis dan mengangkatnya sebagai ibadah yang cukup mulia.

Daripada Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh orang itu telah menyempurnakan setengah agama. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam setengah yang lainnya." [HR Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As Silsilah As Sohihah no. 625]

Cuma, yang menjadi kebimbangan ialah apabila topik baitul muslim ini seolah-olah menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian sedangkan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Sampaikan apabila celik mata sahaja tiada perkara lain yang difikirkan kecuali tentang calon pasangan idaman dan rupa perkahwinan yang diimpikan, tanpa memerhatikan naik turun iman dan komitmen diri untuk menjadi hamba yang lebih baik, yang soleh dan musleh, atau yang solehah dan muslehah.


AQIDAH, TAQWA: MUWASOFAT YANG PERLU DIPENUHI

Suatu ilmu yang perlu diketahui, asas baitul muslim ialah aqidah yang salimah dan taqwa. Rumah tangga Islam tidak akan tertegak melainkan dengan dua perkara tadi. Kesucian hukum-hukum mengenai rumah tangga Islam berdiri atas kesucian aqidah dan taqwa. Taqwa itulah yang menjinakkan hati-hati suami isteri, melembutkan tingkah laku, membersihkan jiwa, menyedarkan tanggungjawab kepada Allah SWT, memudahkan pengurusan, mencegah kejahatan dan mendorong kepada kebaikan.

Al-marhum Syeikh Mustafa Masyhur membicarakan dalam asas-asas pembentukan sesebuah rumah tangga Islam, “Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik anak-anaknya serta membentuk mereka menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.

Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam.”

Lalu, bagaimana dengan pengetahuan dan kefahaman aqidah kita? Sudahkah kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa? Bagaimana pula dengan komitmen diri kita terhadap amalan doa-doa sahih dan adab-adab Islam dalam urusan harian? Tepuk dada, tanya iman.

Jika kita masih ragu-ragu menjawab persoalan-persoalan di atas, sebaiknya kita kembali kepada Allah SWT dengan perbanyakkan istighfar dan taubat. Pusatkanlah perhatian kita kepada pembentukan diri sebagai fardi muslim atau muslimah yang sejati. Murnikanlah fikrah dan aqidah. Teruslah mujahadah menuju tingkat taqwa. Bentuklah karakter diri sehingga menjadi nafas kehidupan dan karakter kuat yang melekat dalam jwa. Bukan hanya sekadar karaker semu yang muncul pasang-surut, tenggelam timbul apa adanya.


MENJADI YANG TERBAIK

Anak-anak muda yang tertarbiyah, pernikahan adalah perjalanan jiwa dan raga. Melintas dunia dan akhirat. Ia merupakan urusan yang sangat besar. Memerlukan pertimbangan iman yang bukan calang-calang. Kata orang, rumah tangga adalah syurga dunia. Namun, proses membina pernikahan yang sakinah, mawaddah  wa rahmah serta bahagia sering tidak semulus yang dibayangkan oleh kebanyakan orang. Oleh yang demikian, bersiap-siaplah untuk menjadi yang terbaik bagi pasangan kalian.

Tenang-tenang sahaja. Usahlah terlalu memikirkan soal jodoh dan tergopoh-gapah mengejar impian bernikah, sehingga terlupa bahawa kita adalah syabab atau fatayat penyambung rantai perjuangan ummah yang seharusnya membuat pilihan dengan mengambil kira maslahah dakwah. Namun, jangan pula terlalu takut memulakan langkah pertama dalam menuju pernikahan hingga kita tertinggal daripada kafilah baituddakwah. Lakukanlah perjalananmu dalam membina baitul muslim dengan awal yang baik. Permulaan yang terbaik. Tentukan tujuan perjalanan dan berjalanlah dengan orang yang setujuan pabila Allah SWT telah menemukan.

Motivasi busyra daripada Allah SWT buat hamba-Nya yang masih belum berumah tangga; yang menjadi syarat bagi seseorang mukmin atau mukminah agar memperoleh keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat ialah mati dalam keislaman yang sebenar-benarnya [rujuk Surah Ali Imran: 102]. Bukan mati sebagai ‘mutazawwijun’ (orang-orang yang berkahwin). Justeru, ayuh kita bersegera membuat persiapan kematian sebelum mengatur persiapan perkahwinan. Kerana mati itu pasti, sedang nikah itu rezeki.


Allahu a’lam.


Hujung entri:
*Adik-adik, soalan kalian menjadi motivasi akak. Anak-anak didik, ragam kalian buat ustazah terus berbagi. Terima kasih, ya Allah kerana singgahkan mereka dalam perjalananku menuju redha-Mu.  
*Terima kasih kepada yang menerbitkan dan mencetak artikel murah ini.
*Barakallahu fikum!

With love,
Kakak Murabbiyah

13.8.14

Jagalah urusanmu dengan Allah


Nota agar hati sentiasa sabar dan syukur. Senyum!
"Kita selalu berharap agar diberikan kurnia cepat, sebaliknya Allah SWT sering memberikan kurnia pada waktu yang tepat. Maka, jagalah urusanmu dengan Allah, nescaya Dia akan menjaga urusan-urusanmu." - Murabbi

عَبْدُ الله بن عَبّاسٍ -رَضِي اللهُ عَنْهُما- قالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَوْمًا، فَقَالَ: ((يَا غُلاَمُ، إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ؛ احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ)).

Abdullah bin ‘Abbas -radhiyallahu ‘anhuma- menceritakan, suatu hari saya berada di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau bersabda, “Nak, aku ajarkan kepadamu beberapa untai kalimat: Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kau dapati Dia di hadapanmu. Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah, dan jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, seandainya seluruh umat bersatu untuk memberimu suatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang telah Allah tetapkan untukmu. Dan andaipun mereka bersatu untuk melakukan sesuatu yang membahayakanmu, maka hal itu tidak akan membahayakanmu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.”

Takhrij Hadits
Sejumlah ulama pengumpul hadis telah mengabadikan hadis ini di dalam karya tulis mereka. Di antaranya adalah: Imam Tarmidzi di dalam kitab beliau, Sunan At Tarmidzi no. 2516, Imam Ahmad bin Hambal di dalam kitab Al Musnad: 1/307, dan beberapa ulama lainnya.


6.8.14

Learn & Lead

Credit to Mr. G


Professional learner.
Professional leader.
Both of these characteristics are needed for being a Muslim professional and a professional Muslim.

"Apa ciri-ciri orang yang profesional dalam pekerjaannya?"
"Bijak memimpin dan mengurus, termasuklah mengurus emosi."
"Tettt!"

So, you have to become aware of your attitudes towards emotional expression.

And, if you keep questioning Allah SWT and being 'upset' with Him, are you a professional?

"Bercakap hanya tentang perkara yang baik-baik dan apabila perlu."
"Kalau tak ada benda baik untuk dicakap?"
"Nabi SAW ajar, diam."
"Okay!"

Keep calm and be professional in your deen.

Please remind me of my words. Syukran.


29.7.14

Ramadhan 29: Motivasi Agar Tetap Jadi Muttaqun


(إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا)(حَدَائِقَ وَأَعْنَابًا)(وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا)(وَكَأْسًا دِهَاقًا)
(لاَ يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا كِذَّابًا)(جَزَاءً مِنْ رَبِّكَ عَطَاءً حِسَابًا)
Surah an-Naba': 31-36

"Sesungguhnya orang-orang bertaqwa bagi mereka kejayaan (iaitu disediakan syurga tempat mereka menginginkan apa yang mereka kehendaki). Mereka akan beroleh taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan (terutamanya anggur). Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya. Dan gelas yang sentiasa dipenuhi minuman. Mereka tidak mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia dan dusta. Sebagai balasan daripada Rabbmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (seperti yang dijanjikan-Nya)."


Harapan:
Moga kita kekal sebagai orang yang mustaqim dalam agama dan ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, sehinggalah kita dipertemukan di syurga-Nya dan saling menziarahi di laman-lamannya yang indah dan merehatkan setiap jiwa yang memasukinya. Ameen, ya Rabb!

Ramadhan 28: Inzar Akhir Ramadhan 1435H


(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ)
[Surah Al-Baqarah : 208]

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukumnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."

(فَإِنْ زَلَلْتُمْ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْكُمُ الْبَيِّنَاتُ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ)
[Surah Al-Baqarah : 209]


"Maka sekiranya kamu tergelincir (dan jatuh di dalam kesalahan disebabkan tipu daya syaitan), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepadamu, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

25.7.14

Ramadhan 27: Para Sahabat Di Hujung Ramadhan

Para sahabat radhiyallahu ‘anhum khuatir sekiranya mereka menjadi orang yang celaka kerana tidak mendapatkan ampunan, padahal Ramadhan akan segera pergi. Maka mereka pun menangis, meluapkan ketakutan kepada Allah SWT seraya bermunajat agar amal-amal mereka diterima. 


رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صِيَامَنَا وَقِيَمَنَا وَرُكُوْعَنَا وَسُجُوْدَنَا وَتِلَا وَتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Wahai Rabb kami, terimalah puasa kami, shalat kami, ruku' kami, sujud kami dan tilawah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para sahabat dan orang-orang soleh bukan hanya berdoa di akhir Ramadhan. Bahkan, rasa khauf membuat mereka berdoa selama enam bulan agar amal-amal di bulan Ramadhan diterima Allah SWT. Lalu enam bulan setelahnya mereka berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan berikutnya. 


اللَّهُمَّ إِنِّي نَسْأَلُكَ وَالْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

“Ya Allah, aku memohon petunjuk, ketakwaan, penjagaan diri dan kecukupan kepada-Mu.” [HR. Muslim 2721, Tirmidzi 3489]


اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي وَقِنِي شَرَّ نَفْسِي

Ya Allah, anugerahkanlah kebenaran kepadaku dan lindungilah aku dari kejahatan hawa nafsuku.” [HR. Tirmidzi 3483, al-Misykat 2476]


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.”
[HR. Ahmad 11697, Ibnu Majah 3834, Tirmidzi 2140]


_
Hujung Entri:
*Terpaksa buat keputusan cutikan kelas hari ini (dengan cadangan daripada Penolong Ketua Jabatan). Anak-anak murid sudah ramai yang pulang ke kampung halaman. Cuti kami seminggu, semua harus ulang kaji dalam lebaran.
*Cuti kelas berganti dengan jadi pendengar dalam sidang pembentangan kertas cadangan tesis. Teman kawan, sokong kawan. Konon-konon jadi 'mumtahinah' sebelum kawan bentang depan 4 orang Profesor.
*Ya Allah, temukanlah aku dengan gadis Palestin semalam..

24.7.14

Ramadhan 26: Ar-Rayyan Hadiah Buat Yang Berpuasa Kerana-Nya

Dari Sahl bin Sa’ad, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

إِنَّ فِى الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ، يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ، لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ، فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ، فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

“Sesungguhnya di surga ada suatu pintu yang disebut “ar rayyan“. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat. Selain orang yang berpuasa tidak akan memasukinya. Nanti orang yang berpuasa akan diseru, “Mana orang yang berpuasa?” Lantas mereka pun berdiri, selain mereka tidak akan memasukinya. Jika orang yang berpuasa tersebut telah memasukinya, maka akan tertutup dan setelah itu tidak ada lagi yang memasukinya.”
(HR. Bukhari no. 1896 dan Muslim no. 1152).

Ibnu Hajar Al Asqolani dalam Al Fath menyebutkan, “Ar Rayyan dengan menfathahkan huruf ro’ dan mentasydid ya’, mengikuti wazan fi’il (kata kerja) dari kata 'ar riyy' yang maksudnya adalah nama salah satu pintu di surga yang hanya dikhususkan untuk orang yang berpuasa memasukinya. Dari sisi lafaz dan makna ada kaitannya. Kerana kata ar rayyan adalah turunan dari kata ar riyy yang artinya bersesuaian dengan keadaan orang yang berpuasa. Orang yang berpuasa kelak akan memasuki pintu tersebut dan tidak pernah merasakan haus lagi.”
(Fathul Bari, 4: 131).

Ibnu Hajar menyebutkan bahwa dalam lafaz hadits lainnya disebutkan bahawa di syurga itu ada lapan buah pintu. Salah satu pintu dinamakan Ar Rayyan. Pintu tersebut tidaklah dimasuki selain orang yang berpuasa (lihat Fathul Bari, 4: 132). Hadits yang dimaksudkan adalah,

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رضى الله عنه عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ:
((فِى الْجَنَّةِ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابٍ ، فِيهَا بَابٌ يُسَمَّى الرَّيَّانَ لاَ يَدْخُلُهُ إِلاَّ الصَّائِمُونَ))

Dari Sahl bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda, “Syurga memiliki lapan buah pintu. Di antara pintu tersebut ada yang dinamakan pintu Ar Rayyan yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa.”
(HR. Bukhari no. 3257).

Hadits di atas juga menunjukkan al jaza’ min jinsil ‘amal, iaitu balasan dari Allah SWT sesuai dengan jenis amalan. Dan juga menandakan bahawa siapa saja yang meninggalkan sesuatu kerana Allah SWT, maka akan diganti dengan yang lebih baik, sebagaimana disebutkan dalam hadits,

إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئاً اتِّقَاءَ اللَّهِ جَلَّ وَعَزَّ إِلاَّ أَعْطَاكَ اللَّهُ خَيْراً مِنْهُ

“Jika engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah ‘azza wa jalla, maka Allah akan mengganti padamu dengan yang lebih baik.”
(HR. Ahmad 5: 78, sanad hadits ini shahih kata Syaikh Syu’aib Al Arnauth)

Kerana orang yang berpuasa itu meninggalkan syahwat hubungan intim, makan dan minum semuanya kerana Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam hadits qudsi, Allah Ta’ala berfirman,

يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَأَكْلَهُ وَشُرْبَهُ مِنْ أَجْلِى

“Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku.”
(HR. Bukhari no. 7492 dan Muslim no. 1151)

Kerana setiap hamba meninggalkan kenikmatan-kenikmatan ini demi Allah SWT, maka Dia akan mengganti dengan yang lebih baik. Bahkan amalan puasa ini dikhususkan untuk Allah SWT, Dialah yang nanti akan membalasnya. Dalam hadits qudsi disebutkan,

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ ، إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى ، وَأَنَا أَجْزِى بِهِ

“Setiap amalan manusia adalah untuknya. Kecuali amalan puasa itu untuk Allah SWT dan Dia yang nanti akan membalasnya.”
(HR. Bukhari no. 5927 dan Muslim no. 1151)


_
Hujung Entri:
*Kredit untuk muslim.or.id 
*Semoga Allah SWT menerima ibadah puasa kita dan juga amal ibadah yang lain, dan memasukkan kita ke dalam syurga-Nya melalui pintu ar-Rayyan. Amin, ya Rabb!


Ramadhan 25: Sedekah Terbaik

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ
“Sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk kebutuhan dirinya). Dan mulailah memberikan sedekah kepada orang-orang yang menjadi tanggunganmu”.
(HR. Al-Bukhari no. 1426)

Dan dalam riwayat Muslim no. 1716 dari Hakim bin Hizam bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ أَوْ خَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَالْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ

“Sedekah yang paling utama atau paling baik adalah sedekah yang diberikan ketika ia mampu. Dan tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Dan dahulukanlah pemberian itu kepada orang yang menjadi tanggunganmu.”

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya, “Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?” Maka beliau menjawab:

أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلَ حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ الْحُلْقُومَ قُلْتَ لِفُلَانٍ كَذَا وَلِفُلَانٍ كَذَا أَلَا وَقَدْ كَانَ لِفُلَانٍ

“Iaitu kamu bersedekah saat sehat, kikir, takut miskin, dan kamu berangan-angan untuk menjadi hartawan yang kaya raya. Dan janganlah kamu menunda sedekah, hingga nyawamu sampai di tenggorokan, barulah kamu berkata, “Ini untuk si fulan dan ini untuk fulan. Dan ingatlah, bahwa harta itu memang untuk si fulan.”
(HR. Al-Bukhari no. 1419 dan Muslim no. 1713)

Salman bin ‘Amir radhiallahu anhu berkata: Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda:

الصَّدَقَةُ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَهِيَ عَلَى ذِي الرَّحِمِ ثِنْتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ

“Sedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat adalah dua sedekah: Satu sedekah dan satu lagi menyambung silaturahmi.”
(HR. Ahmad no. 17840, At-Tirmizi no. 658, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Al-Misykah: 1/604)