1.2.14

Monolog Subuh Sabtu

الحمد لله على كل حال ونعمة
Segala puji bagi Allah atas setiap hal dan nikmat yang dikurniakan.
.
Melangit ucap syukur. Berharap cinta daripada Dia, ucapan syukur yang kutuju kepada-Nya.
.
Setiap hari, Allah SWT melihat siapa dari kalangan manusia yang bersyukur, dan siapa yang kufur.
.
Realitinya, sudahpun disebutkan di dalam al-Quran di banyak tempat, antaranya;
“Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikan-Nya) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri(nya).” (QS.27:73)
.
Lalu, kita hamba dalam golongan yang mana?
.
Doa bangun tidur. Bertahajjud dengan khusyu'. Solat subuh di awal waktu, berjemaah semampunya. Tilawah al-Quran. Al-ma'thurat dan zikir lainnya yang menepati sunnah.
.
Nah, buktikan kesyukuran kita melalui amal-amal ini. Syaratnya, jaga hati supaya sentiasa ikhlas kerana-Nya, demi-Nya dan untuk-Nya.

.
Hujung Entri:
#tulisansubuh1februari#
__________________________________________________________________________________
KHAYR ANNISA @ khayrannisa.blogspot.com 
"Hidup mati biarlah untuk-Nya"

1 comment:

Anonymous said...

Nice reminder! Tq