عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ
أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: كَيْفَ كَانَتْ
صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ فَقَالَتْ
مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ
وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ
عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ
وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ
أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا
يَنَامُ قَلْبِي
Terjemahan:
Daripada Abi Salamah B. 'Abdirrahman, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada 'Aisyah radhiyallahu 'anha:
(Beliau bertanya) “Bagaimananakah solat Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika bulan Ramadhan?”
('Aisyah menjawab) “Apa yang dilakukan oleh Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Sallam sama ada di bulan Ramadhan mahu pun di
bulan-bulan selainnya, beliau tidak pernah solat malam melebihi sebelas
raka'at. Beliau solat empat raka'at, jangan ditanya tentang bagus dan
panjangnya. Kemudian beliau solat lagi empat raka'at, jangan ditanya tentang
bagus dan panjangnya. Kemudian beliau menutup dengan tiga raka'at solat (witr).
Aku bertanya (kepada Rasulullah): Wahai Rasulullah, adakah engkau tidur
terlebih dahulu sebelum melaksanakan solat witir?”
Rasulullah menjawab, “Wahai 'Aisyah, mata aku tidur, tetapi
hati aku tetap berjaga.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Solat Tarawih, Bab:
Kebaikan Ramadhan, 7/138, no. 1874)
TARAWIH MENGHAPUS DOSA
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا
غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadhan dengan keimanan
dan mengharap pahala, diampunkan baginya dari dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 7/134, no. 1870)