5.7.11

Susahnya!


Hari ini, saya ingin membongkar sesuatu. Sesuatu yang berkaitan dgn manusia. Perihal tabiat manusia. Tabiat yang seringkali dipandang remeh. Apa dia?

Alasan. A.L.A.S.A.N

Perkataan yang seringkali disebut dan didengar, sehingga menjadi kebiasaan.
Something to ponder.. Apakah ALASAN?

Quoted from a famous book author:
(saya pernah membaca bukunya, tapi tak ingat judul buku dan nama penulisnya)
"Alasan merupakan senjata atau lebih tepat lagi ia adalah satu mekanisme perisai yang seringkali digunakan untuk mematahkan serangan bicara pihak lawan. Sedar atau tidak, alasan adalah sesuatu yang melambatkan kita."

“Bila nak berhenti merokok ni bang?”
“Alah Jijah.. bila bekalan rokok di seluruh dunia ni dah habis, abang berhenti lah..”
Lalu, si suami merokok sepanjang hidupnya kerana bekalan rokok masih belum habis. Doktor mengesahkan bahawa si suami mengalami penyakit radang peparu. Penyakitnya semakin kritikal. Ditakdirkan pada suatu hari, si suami meninggal dunia akibat penyakit yang berpunca daripada rokok itu.


“Malik, dah siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi?”
“Alah mak ni.. balik-balik tanya soalan tu. Nanti lah Malik siapkan, cuti ada seminggu lagi.”
Seminggu berlalu. Malik tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya. Sedikitpun tidak diselesaikannya kerana langsung lupa. Hari pertama persekolahan selepas bercuti, Malik didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberinya.

Acapkali, kita cenderung untuk mencipta 1001 alasan untuk diri sendiri dan kita juga ciptakan khas 1001 kesalahan untuk orang lain.
“Elehh.. dia ingat bila 'dressing' macam tu boleh masuk syurga lah tu.. Hei, walaupun aku tak menutup aurat, tapi hati aku baik tau!”

Imam Al-Ghazali pernah berkata,
“Sewajarnya kita mencari alasan bagi keterlanjuran sahabat itu sehingga 70 alasan.”

Instead of giving excuse, why don’t we critic ourselves? It’s a good habit actually.

Monolog dalaman,
“Apa yang aku dah buat untuk Islam?”
“Hari ini, apa yang aku buat untuk Allah?”

Bagi meningkatkan kualiti peribadi diri, muhasabah adalah perkara utama yang perlu sentiasa dilakukan, perlu sentiasa diutamakan. Apa salahnya kita luangkan empat hingga lima minit untuk merenung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang melalui kehidupan pada hari-hari yang kita lalui?

"Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya."
[Surah al-Maidah : 48]

Ketahuilah bahawa kata-kata yang keluar dari mulut kita bukanlah sesuatu yang boleh djadikan A.L.A.S.A.N apabila berhadapan dengan Allah swt nanti. Siapa kita untuk memberi alasan di hadapan Allah?


Allahu a’lam.
Semoga ada yang bisa dijadikan iktibar.


___________________________________________________________________________________
KHAYR ANNISA @ khayrannisa.blogspot.com 
"Hidup mati biarlah untuk-Nya"

1 comment:

Anonymous said...

"Siapa kita untuk memberi alasan di hadapan Allah?"

Soalan terbaik!