29.9.13

5 Slogan Kita

bismillah..


الله غايتنا
Allah adalah tujuan kami 
الرسول قدوتنا
Rasulullah saw adalah teladan kami 
القرءان إمامنا ودستورنا
Al-quran adalah imam dan pedoman kami 
الجهاد في سبيل الله سبيلنا
 Jihad adalah jalan juang kami 
الموت في سبيل الله أسمى أماننا
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi 

Inilah slogan yang sering saya ungkapkan. Sejak dulu, ketika saya di tingkatan satu. Slogan ini tersisip dalam bait lagu. Lagu islami versi Bahasa Arab yang sering dinyanyikan para pelajar dalam perhimpunan setiap minggu.

Inilah slogan yang sering membuatkan jiwa-jiwa yang mengenali Tuhan mereka terus bergerak mencari keredhaan Tuhan mereka. Inilah slogan yang sentiasa menggetarkan jiwa-jiwa yang jelas dengan tujuan penciptaan mereka terus ikhlas berjuang menyampaikan kebenaran.

Inilah slogan pemuda. Inilah slogan pemudi. Inilah slogan yang seharusnya dipegang dan dikotakan oleh setiap muslim mujahid mahupun muslimah mujahidah.

Inilah slogan kita!

Credited to fajarilmubaru.

Hujung Entri:
Fajar Ilmu Baru (FIB) merupakan nama kedai yang sering membuatkan saya bagai dirasuk hantu buku!
Allahu, Allahu, Allahu..
Saya berharap agar tulisan ini akan ada sambungannya nanti.
___________________________________________________________________________________
KHAYR ANNISA @ khayrannisa.blogspot.com
"Hidup mati biarlah untuk-Nya"

2 comments:

nurul said...

zaman sekolah dulu, kat samttaj shah alam. setiap pagi jumaat mesti nyanyi lagu ni. rindu zaman itu..

Khairunnisa Bohari said...

ya, nurul.
alhamdulillah, hari lebih menghayati.