Dari Sahl bin Sa’ad, dari Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,
إِنَّ فِى الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ
الرَّيَّانُ، يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ
أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ، لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ
أَحَدٌ غَيْرُهُمْ، فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ، فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ
“Sesungguhnya di surga ada suatu
pintu yang disebut “ar rayyan“. Orang-orang yang berpuasa akan masuk
melalui pintu tersebut pada hari kiamat. Selain orang yang berpuasa tidak akan
memasukinya. Nanti orang yang berpuasa akan diseru, “Mana orang yang berpuasa?”
Lantas mereka pun berdiri, selain mereka tidak akan memasukinya. Jika orang
yang berpuasa tersebut telah memasukinya, maka akan tertutup dan setelah itu tidak
ada lagi yang memasukinya.”
(HR. Bukhari no. 1896 dan Muslim no.
1152).
Ibnu Hajar Al Asqolani dalam Al Fath
menyebutkan, “Ar Rayyan dengan menfathahkan huruf ro’ dan mentasydid ya’,
mengikuti wazan fi’il (kata kerja) dari kata 'ar riyy' yang maksudnya adalah
nama salah satu pintu di surga yang hanya dikhususkan untuk orang yang berpuasa
memasukinya. Dari sisi lafaz dan makna ada kaitannya. Kerana kata ar rayyan
adalah turunan dari kata ar riyy yang artinya bersesuaian dengan keadaan orang
yang berpuasa. Orang yang berpuasa kelak akan memasuki pintu tersebut dan tidak
pernah merasakan haus lagi.”
(Fathul Bari, 4: 131).
Ibnu Hajar menyebutkan bahwa dalam
lafaz hadits lainnya disebutkan bahawa di syurga itu ada lapan buah pintu.
Salah satu pintu dinamakan Ar Rayyan. Pintu tersebut tidaklah dimasuki selain
orang yang berpuasa (lihat Fathul Bari, 4: 132). Hadits yang dimaksudkan
adalah,
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رضى الله عنه عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ:
((فِى الْجَنَّةِ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابٍ
، فِيهَا بَابٌ يُسَمَّى الرَّيَّانَ لاَ يَدْخُلُهُ إِلاَّ الصَّائِمُونَ))
Dari Sahl bin Sa’ad radhiyallahu
‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda, “Syurga
memiliki lapan buah pintu. Di antara pintu tersebut ada yang dinamakan pintu Ar
Rayyan yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa.”
(HR. Bukhari no. 3257).
Hadits di atas juga menunjukkan al
jaza’ min jinsil ‘amal, iaitu balasan dari Allah SWT sesuai dengan jenis
amalan. Dan juga menandakan bahawa siapa saja yang meninggalkan sesuatu kerana
Allah SWT, maka akan diganti dengan yang lebih baik, sebagaimana disebutkan
dalam hadits,
إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئاً اتِّقَاءَ اللَّهِ
جَلَّ وَعَزَّ إِلاَّ أَعْطَاكَ اللَّهُ خَيْراً مِنْهُ
“Jika engkau meninggalkan sesuatu kerana
Allah ‘azza wa jalla, maka Allah akan mengganti padamu dengan yang lebih baik.”
(HR. Ahmad 5: 78, sanad hadits ini
shahih kata Syaikh Syu’aib Al Arnauth)
Kerana orang yang berpuasa itu
meninggalkan syahwat hubungan intim, makan dan minum semuanya kerana Allah SWT.
Sebagaimana disebutkan dalam hadits qudsi, Allah Ta’ala berfirman,
يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَأَكْلَهُ وَشُرْبَهُ
مِنْ أَجْلِى
“Disebabkan dia telah meninggalkan
syahwat dan makanan karena-Ku.”
(HR. Bukhari no. 7492 dan Muslim no.
1151)
Kerana setiap hamba meninggalkan
kenikmatan-kenikmatan ini demi Allah SWT, maka Dia akan mengganti dengan yang
lebih baik. Bahkan amalan puasa ini dikhususkan untuk Allah SWT, Dialah yang
nanti akan membalasnya. Dalam hadits qudsi disebutkan,
كُلُّ
عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ ، إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى ، وَأَنَا أَجْزِى بِهِ
“Setiap amalan manusia adalah
untuknya. Kecuali amalan puasa itu untuk Allah SWT dan Dia yang nanti akan
membalasnya.”
(HR. Bukhari no. 5927 dan Muslim no.
1151)
_
Hujung Entri:
*Kredit untuk muslim.or.id *Semoga Allah SWT menerima ibadah puasa kita dan juga amal ibadah yang lain, dan memasukkan kita ke dalam syurga-Nya melalui pintu ar-Rayyan. Amin, ya Rabb!