6.7.14

Ramadhan 8: Memperbanyakkan Sedekah


عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال:
 قال الله: أَنْفِق يا ابن آدم أُنْفِق عليك. 
رواه البخاري ومسلم

Terjemahan:
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT telah berfirman: "Berinfaqlah wahai anak Adam, nescaya aku akan berinfaq kepadamu."

(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini merupakan hadih qudsi yang menggalakkan para hamba-Nya bersedekah, berkorban harta dan menginfaqkannya di jalan yang diredhai Allah SWT. Bersedekah merupakan sebab utama keberkahan harta dan pertambahannya kerana Allah SWT menggantikan apa sahaja yang disedekahkan dengan sesuatu yang lebih baik. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT:


وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ

Terjemahan:
"Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." (QS. Saba': 39)