bismillah..
Anak-anak ini, hero mereka wujud di alam realiti. Al-Qassam. Hero yang hidup, ada juga yang terlebih dahulu menggapai syahid. Karakter hero-hero mereka hidup dalam batang tubuh pemilik-pemiliknya. Watak yang hidup ini benar-benar telah meniupkan semangat jihad dalam jiwa anak-anak al-Aqsa dan muslim di seluruh pelosok bumi.
Ada yang persis Abu Bakr as-Siddiq, setia dan berani membenarkan. Ada yang seperti Umar al-Khattab, pemberani yang lantang. Ada juga yang penyantun dan penyayang serupa Uthman ibn Affan. Ada pula yang dimuliakan kehormatannya seperti Ali ibn Abi Talib.
Lagi, ada yang suka memberi dan berkorban kekayaan persis Abdurrahman ibn 'Auf. Ada yang menjadi perajurit sehebat Zubair al-'Awwam. Ada yang memanah tepat sehandal Saad ibn Waqas. Ada juga yang menjadi seperti si 'Syahid Yang Hidup', Talhah ibn Ubaidillah. Ada pula yang menjadi 'Orang Kepercayaan Ummat' seperti Abu Ubaidillah al-Jarrah. Ada yang sabar dan memiliki hati setulus Said ibn Zaid.
Juga, ada yang menjadi pahlawan hebat seperti sahabah dan sahabiah baginda yang syahid mempertahankan aqidah, memperjuangkan tanah-tanah Islam, meninggikan kalimah tauhid La ilaaha illa Allah, dan yang selainnya.
Lalu, watak seperti apa yang menjadi hero bagi diri kita? Hero seperti siapa yang mahu diceritakan kepada anak-cucu kita?
_
Hujung entri:
*Masih cuba menghadam lumat "Segenggam Iman Anak Kita" demi membina generasi baru yang dinanti, yang tak takut dicaci, dan tak gentar mati, sehingga mereka berkata, "Cita kami hidup mulia atau syahid mendapat syurga." Semoga Allah SWT terus membantu saya menabur benih, membina bakal-bakal guru berjiwa murabbi rabbani. Mohon doa kalian. Jazakumullahulkhayr.
*Merdeka seorang Muslim ialah apabila telah ada al-bara' dan al-wala' dalam hidupnya. Bara' (melepaskan diri, bebas daripada syirik) terhadap selain Allah SWT, wala' (setia dan hanya menyembah Allah SWT, tidak melakukan syirik) terhadap Allah SWT. Salam Merdeka!