21.8.14

'Ibrah Kisah

Nama dalam cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Mysarah dan Mary tinggal serumah. Mereka baru sahaja berpindah ke Selahyunk. Peribadi Mysarah sangat menyenangkan setiap mata yang melihatnya. Dia sentiasa berpakaian blaus panjang dan gaun labuh. Tudungnya sempurna sekali. Identitinya sebagai muslimah mudah sekali dikenal pasti. Lain pula cerita si Mary. Mary, namanya yang tertera pada kad pengenalan ialah Mariam binti Abdullah. Dia sangat senang dikenali sebagai Mary. Suka berpakaian singkat, pendek, ketat, jarang. Kain bajunya tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Dia sangat selesa berpakaian seperti itu.

Setiap hari, Mysarah berdoa agar teman serumahnya itu dibukakan pintu hati agar berubah. Berhijrah ke daerah yang baru. Daerah yang penuh dengan cahaya kebenaran. Jauh daripada belenggu jahiliyyah.

Suatu hari,
selepas Mysarah mendirikan solat fardhu isya'..

Mysarah : Janganlah kau terus sia-siakan hidup kau, Mary.

Mary : [menjawab dengan selamba] Eh, mana I pernah sia-siakan hidup I ? Setiap hari I enjoy. Tak pernah sedih pun. You tu yang masih kuno lagi.. Tak mau ikut trend sekarang. Kolot!

Mysarah : Biarlah hidup aku begini. Asalkan aku masih ada pegangan agama. Aku sedih kau jadi begini. Kita kan orang Islam, jadi hiduplah cara Islam!

Mary : You nak sedih, sedihlah. I tetap happy dengan cara I. Enjoy!

Maysarah : Dengarlah cakap aku, Mary. Bertaubatlah sekarang, jangan terus bermaksiat begini..

Peen! Peen!


Mary : Ahh.. Malaslah I nak dengar you berkhutbah kat sini. Okay, customer I dah sampai.

Tiba-tiba..

Gedebangg! Bongg!

Mysarah : Hah?! Bunyi apa kat luar tu? [berlari keluar rumah, melihat kejadian yang berlaku]

Mysarah : Mary!!! Masya-a Allah..

Pemandu : [dengan rasa bersalah] Maaf, kak. Saya tak sempat mengelak. Tiba-tiba je dia melintas.

Apek : [berjalan menuju ke tempat kemalangan] Ayo..wa sulah bayar deposit woo.. Sikalang siapa mau ganti dia?

Mysarah : Astaghfirullah!! Boleh lagi apek ni! Ni.. nampak orang dah mati ni. Ni! [sambil menunjuk mayat Mary]

Pemandu : Assalamualaikum. Balai Polis Selahyunk, saya nak buat laporan...
*Cerita ini diadaptasi daripada sebuah kisah dalam Majalah Solusi.

Cerita tanpa pengajaran adalah cerita kosong.
Cerita berisi adalah nasihat dan sedekah.

Sekarang, cuba anak-anak senaraikan nilai-nilai kebaikan dan keburukan yang ada dalam cerita di atas.


Keburukan :
  • Nama panggilan yang tidak elok, menyerupai golongan bukan Islam.
  • Berpakaian tidak sopan, menyalahi syari'at Allah swt.
  • Tiada rasa bersalah apabila ditegur tentang perkara yang benar.
  • Memilih maksiat sebagai jalan hidup.
  • Tamak harta, sehingga sanggup menjual diri.
  • Mengutamakan wang daripada nyawa.

Kebaikan :
  • Menjaga identiti Islam.
  • Berpakaian sopan dan menutup aurat.
  • Mendirikan solat fardhu.
  • Mengaku kesalahan diri.
  • Membantu apabila ada yang meminta pertolongan.
  • Menasihati teman setiap masa.

Sedarlah bahawa hidup ini bukan untuk selamanya. Ajal manusia urusan Allah. Tiada siapa yang tahu. Urusan kita hanyalah bersiap sedia menghadapi kematian. Bersediakah kita?

 
Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata:
Rasulullah SAW sebagai orang yang jujur dan dipercayai bercerita kepada kami: "Sesungguhnya setiap individu kamu mengalami proses penciptaan dalam perut ibunya selama empat puluh hari (sebagai nutfah). Kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula.

Selanjutnya Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk menulis empat perkara, iaitu: menentukan rezekinya, ajalnya, amalnya serta apakah ia sebagai orang yang sengsara ataukah orang yang bahagia.

Demi Zat yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya salah seorang dari kamu telah melakukan amalan penghuni surga sampai ketika jarak antara dia dan syurga tinggal hanya sehasta saja namun kerana sudah didahului takdir sehingga ia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu telah melakukan perbuatan ahli neraka sampai ketika jarak antara dia dan neraka tinggal hanya sehasta saja namun kerana sudah didahului takdir sehingga dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga."

(Shahih Muslim No.4781)


Hujung entri:
*Menghadam "Segenggam Iman Anak Kita". Buah pena yang membentuk jiwa menjadi hamba, berpijak di bumi yang nyata. Pengajar tidak sama dengan pendidik. Saham seperti apa yang kau mahu laburkan?
*Maaf, entri ini berterabur..