19.6.11

Nostalgia


Tahun 1998
mencatat sejarah penubuhan
detik-detik menghimpun sejuta harapan
tegar berdiri menganyam selautan impian
meraih segunung angan-angan.

Segalanya masih tersimpan dalam memori
terkenang di lapangan hati
tergambar di hadapan diri.

Wajah-wajah lama
mengimbau segala suka duka peristiwa
pahit manis tika bersama
berjuang meniti usia.

SAM BESTARI,
kini namamu seharum kasturi
terbias jauh seindah pelangi
secerah mentari pagi yang menyinari
membina citra milik diri
melahir insan daie bestari.

Duhai anak-anak bangsa,
datanglah dengan rela
penuhi ilmu di dada
bukakan ruangan di minda
akhlak terpuji dipelihara
kelak dirimu kan berjaya
di dunia sementara
mahupun di akhirat selamanya.

SAM BESTARI,
harapanku agar kau terus maju
berdiri gagah, padu selalu
membina insan bermutu
dilimpahi rahmat dan direstu
oleh ayah ibu dan guru
teman dan rakan seguru
serta Tuhan Yang Satu.

TERIMA KASIH, SAM BESTARI!


Cetusan Pena:
Khayr Annisa (5 Al-Biruni)
Majalah Al-Imtiyaz 2006, halaman 114.

Hujung Entri:
Oh! Rindu kembali bertamu. Mungkinkah jasad ini kan berkhidmat di situ, sebagai guru?
___________________________________________________________________________________
KHAYR ANNISA @ khayrannisa.blogspot.com 
"Hidup mati biarlah untuk-Nya"

7 comments:

mohd89 said...

"Mungkinkah jasad ini kan berkhidmat di situ, sebagai guru?"

Siapa tahu?

Anonymous said...

sebagai guru? Moga-moga

tepianmuara said...

=)


waha!!

mudah-mudahan.

mylittlepencil said...

Assalamualaikum. salam ziarah ke sini.

entri yg menarik. pelajar di SAMBES ye...ana ramai kwn di sana yg belajar di mesir...

alif haris said...

salam
ex-sambest rupanya :)
batch bila ?
jumpa blog ni kat dlm iluvislam ..hehe

Anonymous said...

kak nisa' wat pe kat tv alhijrah??
curious nak tau nie..
hebatla akak :)
klu x silap,kak nisa' f5,kite f1
keep it up :)

Khayr Annisa said...

cuba baca semula & fahamkan. Hari tu ada komitmen lain. K.nisa' x sempat pun ke TV Al-Hijrah.