29.9.13

5 Slogan Kita

bismillah..


الله غايتنا
Allah adalah tujuan kami 
الرسول قدوتنا
Rasulullah saw adalah teladan kami 
القرءان إمامنا ودستورنا
Al-quran adalah imam dan pedoman kami 
الجهاد في سبيل الله سبيلنا
 Jihad adalah jalan juang kami 
الموت في سبيل الله أسمى أماننا
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi 

Inilah slogan yang sering saya ungkapkan. Sejak dulu, ketika saya di tingkatan satu. Slogan ini tersisip dalam bait lagu. Lagu islami versi Bahasa Arab yang sering dinyanyikan para pelajar dalam perhimpunan setiap minggu.

Inilah slogan yang sering membuatkan jiwa-jiwa yang mengenali Tuhan mereka terus bergerak mencari keredhaan Tuhan mereka. Inilah slogan yang sentiasa menggetarkan jiwa-jiwa yang jelas dengan tujuan penciptaan mereka terus ikhlas berjuang menyampaikan kebenaran.

Inilah slogan pemuda. Inilah slogan pemudi. Inilah slogan yang seharusnya dipegang dan dikotakan oleh setiap muslim mujahid mahupun muslimah mujahidah.

Inilah slogan kita!

Credited to fajarilmubaru.

Hujung Entri:
Fajar Ilmu Baru (FIB) merupakan nama kedai yang sering membuatkan saya bagai dirasuk hantu buku!
Allahu, Allahu, Allahu..
Saya berharap agar tulisan ini akan ada sambungannya nanti.
___________________________________________________________________________________
KHAYR ANNISA @ khayrannisa.blogspot.com
"Hidup mati biarlah untuk-Nya"

19.9.13

Tiung Kecil

Siang yang cerah
Tiung kecil itu berperi indah
Menghilang gundah.

Dalam sangkarnya
Tiung kecil itu meluah rasa
Yang disimpan sekian lama.

Dengan kerendahan hati
Tiung kecil itu berperi lagi
Menagih belas kasih nurani.

Masa berlalu
Tiung kecil itu tidak seperti dulu
Tidak berperi tidak berlagu.

Baru kini hati sedari
Selama ini tanpa perhati
Tiung kecil itu mewarnai hari
Butanya hati hinanya diri. 


Nukilan,
Khairunnisa Bohari
47100 Puchong


Nota Entri:
*Puisi moden ini tersiar dalam majalah Tunas Cipta terbitan DBP, September 2011. Doakan saya yang masih belajar.
___________________________________________________________________________________
KHAYR ANNISA @ khayrannisa.blogspot.com
"Hidup mati biarlah untuk-Nya"