Dalil al-Quran:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ
الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2)
لَيْلَةُ الْقَدْرِ
خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3)
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar . Dan
tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik
daripada seribu bulan." (Al-Qadr: 1-3).
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ
مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan
sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan." (Ad-Dukhan: 3). Yang dimaksud
malam yang diberkati di sini adalah malam lailatul qadr. Inilah pendapat yang
dikuatkan oleh Ibnu Jarir At-Thabari rahimahullah [Tafsir At-Thabari, 21/6 ].
Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulama di antaranya Ibnu ‘Abbas radiallahu
‘anhuma.[Zaadul Masiir, 7/336-337 ]
Hadis-hadis
berkaitan Lailatulqadar:
Dari Abu Hurairah
Radiallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ’alaihi wassalam bersabda: “ Sesiapa yang
menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharap, nescaya
diampuni dosa-dosanya yang lalu.” [al-Bukhari:1901 dan Muslim: 760]
Aisyah Radiallahu ’anha
berkata, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wassalam mengasingkan diri (di dalam
masjid; beri’tikaf) pada sepuluh (malam) terakhir di dalam Ramadhan. Dan
Rasulullah SAW berkata: “Carilah malam al-Qadr pada sepuluh malam terakhir dari
Ramadhan.” [al-Bukhari:2020 dan Muslim:219].
Aisyah RA berkata lagi,
bahawa Rasulullah SAW berkata: “Carilah malam al-Qadr pada (malam-malam) yang
ganjil daripada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadhan.” [al-Bukhari]
Ibn Umar Radiallahu
’anhu berkata: “Beberapa orang daripada sahabat Nabi saw telah melihat malam
al-Qadr di dalam tidur pada tujuh (malam) yang terakhir. Maka berkata
Rasulullah SAW: “Aku melihat mimpi kamu bertepatan dengan tujuh (malam) yang
terakhir. Sesiapa yang benar-benar mencarinya (malam al-Qadr), maka carilah ia
di tujuh (malam) yang terakhir. [al-Bukhari:2015 dan Muslim:1165].
Doa di
Malam al-Qadar
Daripada ‘Aisyah
Radiallahu ‘Anhu:
قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة
ليلة القدر ما أقول فيها قال قولي
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ
اَلْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Aku berkata: “Wahai
Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu
aku katakan (doa) ?” Bersabda Nabi : disebutlah doa: “Ya Allah sesungguhnya
Engkau Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan”
[HR at-Tirmizi: 3513, Ibn Majah: 3119, Imam at-Tirmizi rahimahullah menyatakan
ia hadis Hasan Sahih.]
_
Hujung Entri:
*Apa yang diimpikan dalam Ramadhan ini? - Semoga Allah memeluk saya dengan cinta, menjawab semua doa saya dan doa ibu bapa saya, juga memenangkan Islam di seluruh pelosok bumi..