21.8.14

'Ibrah Kisah

Nama dalam cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Mysarah dan Mary tinggal serumah. Mereka baru sahaja berpindah ke Selahyunk. Peribadi Mysarah sangat menyenangkan setiap mata yang melihatnya. Dia sentiasa berpakaian blaus panjang dan gaun labuh. Tudungnya sempurna sekali. Identitinya sebagai muslimah mudah sekali dikenal pasti. Lain pula cerita si Mary. Mary, namanya yang tertera pada kad pengenalan ialah Mariam binti Abdullah. Dia sangat senang dikenali sebagai Mary. Suka berpakaian singkat, pendek, ketat, jarang. Kain bajunya tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Dia sangat selesa berpakaian seperti itu.

Setiap hari, Mysarah berdoa agar teman serumahnya itu dibukakan pintu hati agar berubah. Berhijrah ke daerah yang baru. Daerah yang penuh dengan cahaya kebenaran. Jauh daripada belenggu jahiliyyah.

Suatu hari,
selepas Mysarah mendirikan solat fardhu isya'..

Mysarah : Janganlah kau terus sia-siakan hidup kau, Mary.

Mary : [menjawab dengan selamba] Eh, mana I pernah sia-siakan hidup I ? Setiap hari I enjoy. Tak pernah sedih pun. You tu yang masih kuno lagi.. Tak mau ikut trend sekarang. Kolot!

Mysarah : Biarlah hidup aku begini. Asalkan aku masih ada pegangan agama. Aku sedih kau jadi begini. Kita kan orang Islam, jadi hiduplah cara Islam!

Mary : You nak sedih, sedihlah. I tetap happy dengan cara I. Enjoy!

Maysarah : Dengarlah cakap aku, Mary. Bertaubatlah sekarang, jangan terus bermaksiat begini..

Peen! Peen!


Mary : Ahh.. Malaslah I nak dengar you berkhutbah kat sini. Okay, customer I dah sampai.

Tiba-tiba..

Gedebangg! Bongg!

Mysarah : Hah?! Bunyi apa kat luar tu? [berlari keluar rumah, melihat kejadian yang berlaku]

Mysarah : Mary!!! Masya-a Allah..

Pemandu : [dengan rasa bersalah] Maaf, kak. Saya tak sempat mengelak. Tiba-tiba je dia melintas.

Apek : [berjalan menuju ke tempat kemalangan] Ayo..wa sulah bayar deposit woo.. Sikalang siapa mau ganti dia?

Mysarah : Astaghfirullah!! Boleh lagi apek ni! Ni.. nampak orang dah mati ni. Ni! [sambil menunjuk mayat Mary]

Pemandu : Assalamualaikum. Balai Polis Selahyunk, saya nak buat laporan...
*Cerita ini diadaptasi daripada sebuah kisah dalam Majalah Solusi.

Cerita tanpa pengajaran adalah cerita kosong.
Cerita berisi adalah nasihat dan sedekah.

Sekarang, cuba anak-anak senaraikan nilai-nilai kebaikan dan keburukan yang ada dalam cerita di atas.


Keburukan :
  • Nama panggilan yang tidak elok, menyerupai golongan bukan Islam.
  • Berpakaian tidak sopan, menyalahi syari'at Allah swt.
  • Tiada rasa bersalah apabila ditegur tentang perkara yang benar.
  • Memilih maksiat sebagai jalan hidup.
  • Tamak harta, sehingga sanggup menjual diri.
  • Mengutamakan wang daripada nyawa.

Kebaikan :
  • Menjaga identiti Islam.
  • Berpakaian sopan dan menutup aurat.
  • Mendirikan solat fardhu.
  • Mengaku kesalahan diri.
  • Membantu apabila ada yang meminta pertolongan.
  • Menasihati teman setiap masa.

Sedarlah bahawa hidup ini bukan untuk selamanya. Ajal manusia urusan Allah. Tiada siapa yang tahu. Urusan kita hanyalah bersiap sedia menghadapi kematian. Bersediakah kita?

 
Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata:
Rasulullah SAW sebagai orang yang jujur dan dipercayai bercerita kepada kami: "Sesungguhnya setiap individu kamu mengalami proses penciptaan dalam perut ibunya selama empat puluh hari (sebagai nutfah). Kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula.

Selanjutnya Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk menulis empat perkara, iaitu: menentukan rezekinya, ajalnya, amalnya serta apakah ia sebagai orang yang sengsara ataukah orang yang bahagia.

Demi Zat yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya salah seorang dari kamu telah melakukan amalan penghuni surga sampai ketika jarak antara dia dan syurga tinggal hanya sehasta saja namun kerana sudah didahului takdir sehingga ia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu telah melakukan perbuatan ahli neraka sampai ketika jarak antara dia dan neraka tinggal hanya sehasta saja namun kerana sudah didahului takdir sehingga dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga."

(Shahih Muslim No.4781)


Hujung entri:
*Menghadam "Segenggam Iman Anak Kita". Buah pena yang membentuk jiwa menjadi hamba, berpijak di bumi yang nyata. Pengajar tidak sama dengan pendidik. Saham seperti apa yang kau mahu laburkan?
*Maaf, entri ini berterabur..


17.8.14

Baitul Muslim: Mulanya Daripada Diri Kita

Di awal sebuah pertemuan, seorang anak halaqah bertanya kepada murabbiyahnya, “Akak, betulkah Uswah (bukan nama sebenar) akan berkahwin dalam masa terdekat ini?”

Murabbiyah senyap. Pertanyaan hanya dibalas dengan senyuman. Respon tanpa suara dengan diam seribu bahasa tidak cukup menyakinkan anak halaqohnya. Lalu diulang pertanyaan, “Akak, benarkah Uswah akan berkahwin tidak lama lagi?”

Murabbiyah yang tidak tahu apa-apa, tidak mampu mengiakan atau menafikan. Dalam hal seperti ini, seharusnya murabbiyah maklum dahulu sebelum ahli-ahli yang lain. Sang murabbiyah memandang ke arah Uswah dan mengajukan soalan kepadanya, “Uswah memang mahu kahwinkah dalam masa terdekat ini?”

Uswah yang dari tadi senyap sunyi dengan segan silu menjawab, “Tidaklah, kak. Saya bergurau sahaja. Tapi sebenarnya, saya memang mahu bernikah. Kalau boleh dalam tahun depan. Yang penting, sebelum umur saya menjangkau angka 25.”

Murabbiyah yang ‘ingat-ingat lupa’ bertanya, “Tahun ini, umur Uswah berapa?”

Jawapan bersahaja, “20 tahun. Tahun depan sudah 21, kak.”


FITRAH INGIN BERPASANGAN

Salahkah Uswah memiliki keinginan dan perancangan sedemikian? Tidaklah salah andainya pernah terbit keinginan untuk mempunyai pasangan agar kedua-duanya bisa saling mengasihi dan mencintai, kerana hal ini merupakan fitrah manusia. Bahkan, fitrah ini perlu disyukuri kerana ia merupakan anugerah yang indah kurniaan Allah SWT kepada para hamba-Nya.

Bukanlah suatu kesalahan sekiranya merancang untuk membina rumah tangga muslim ketika di usia yang sangat muda. Bahkan benar, daie itu bukan seperti sami-sami atau rahib-rahib yang meluruhkan seluruh jiwa dan diri mereka kepada tuhan berhala yang mereka sembah sehingga tercatit larangan untuk membina keluarga sendiri iaitu dengan berkahwin.

“Maha Suci Allah Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” [Surah Yaa Sin : Ayat 36]

Terjemahan ayat di atas jelas mengkhabarkan bahawa Allah SWT menciptakan setiap sesuatu itu berpasangan. Islam menjadikan pernikahan sebagai langkah terhormat untuk meraikan perasaan kasih sayang di antara dua jenis dan mengangkatnya sebagai ibadah yang cukup mulia.

Daripada Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh orang itu telah menyempurnakan setengah agama. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam setengah yang lainnya." [HR Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As Silsilah As Sohihah no. 625]

Cuma, yang menjadi kebimbangan ialah apabila topik baitul muslim ini seolah-olah menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian sedangkan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Sampaikan apabila celik mata sahaja tiada perkara lain yang difikirkan kecuali tentang calon pasangan idaman dan rupa perkahwinan yang diimpikan, tanpa memerhatikan naik turun iman dan komitmen diri untuk menjadi hamba yang lebih baik, yang soleh dan musleh, atau yang solehah dan muslehah.


AQIDAH, TAQWA: MUWASOFAT YANG PERLU DIPENUHI

Suatu ilmu yang perlu diketahui, asas baitul muslim ialah aqidah yang salimah dan taqwa. Rumah tangga Islam tidak akan tertegak melainkan dengan dua perkara tadi. Kesucian hukum-hukum mengenai rumah tangga Islam berdiri atas kesucian aqidah dan taqwa. Taqwa itulah yang menjinakkan hati-hati suami isteri, melembutkan tingkah laku, membersihkan jiwa, menyedarkan tanggungjawab kepada Allah SWT, memudahkan pengurusan, mencegah kejahatan dan mendorong kepada kebaikan.

Al-marhum Syeikh Mustafa Masyhur membicarakan dalam asas-asas pembentukan sesebuah rumah tangga Islam, “Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik anak-anaknya serta membentuk mereka menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.

Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam.”

Lalu, bagaimana dengan pengetahuan dan kefahaman aqidah kita? Sudahkah kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa? Bagaimana pula dengan komitmen diri kita terhadap amalan doa-doa sahih dan adab-adab Islam dalam urusan harian? Tepuk dada, tanya iman.

Jika kita masih ragu-ragu menjawab persoalan-persoalan di atas, sebaiknya kita kembali kepada Allah SWT dengan perbanyakkan istighfar dan taubat. Pusatkanlah perhatian kita kepada pembentukan diri sebagai fardi muslim atau muslimah yang sejati. Murnikanlah fikrah dan aqidah. Teruslah mujahadah menuju tingkat taqwa. Bentuklah karakter diri sehingga menjadi nafas kehidupan dan karakter kuat yang melekat dalam jwa. Bukan hanya sekadar karaker semu yang muncul pasang-surut, tenggelam timbul apa adanya.


MENJADI YANG TERBAIK

Anak-anak muda yang tertarbiyah, pernikahan adalah perjalanan jiwa dan raga. Melintas dunia dan akhirat. Ia merupakan urusan yang sangat besar. Memerlukan pertimbangan iman yang bukan calang-calang. Kata orang, rumah tangga adalah syurga dunia. Namun, proses membina pernikahan yang sakinah, mawaddah  wa rahmah serta bahagia sering tidak semulus yang dibayangkan oleh kebanyakan orang. Oleh yang demikian, bersiap-siaplah untuk menjadi yang terbaik bagi pasangan kalian.

Tenang-tenang sahaja. Usahlah terlalu memikirkan soal jodoh dan tergopoh-gapah mengejar impian bernikah, sehingga terlupa bahawa kita adalah syabab atau fatayat penyambung rantai perjuangan ummah yang seharusnya membuat pilihan dengan mengambil kira maslahah dakwah. Namun, jangan pula terlalu takut memulakan langkah pertama dalam menuju pernikahan hingga kita tertinggal daripada kafilah baituddakwah. Lakukanlah perjalananmu dalam membina baitul muslim dengan awal yang baik. Permulaan yang terbaik. Tentukan tujuan perjalanan dan berjalanlah dengan orang yang setujuan pabila Allah SWT telah menemukan.

Motivasi busyra daripada Allah SWT buat hamba-Nya yang masih belum berumah tangga; yang menjadi syarat bagi seseorang mukmin atau mukminah agar memperoleh keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat ialah mati dalam keislaman yang sebenar-benarnya [rujuk Surah Ali Imran: 102]. Bukan mati sebagai ‘mutazawwijun’ (orang-orang yang berkahwin). Justeru, ayuh kita bersegera membuat persiapan kematian sebelum mengatur persiapan perkahwinan. Kerana mati itu pasti, sedang nikah itu rezeki.


Allahu a’lam.


Hujung entri:
*Adik-adik, soalan kalian menjadi motivasi akak. Anak-anak didik, ragam kalian buat ustazah terus berbagi. Terima kasih, ya Allah kerana singgahkan mereka dalam perjalananku menuju redha-Mu.  
*Terima kasih kepada yang menerbitkan dan mencetak artikel murah ini.
*Barakallahu fikum!

With love,
Kakak Murabbiyah

13.8.14

Jagalah urusanmu dengan Allah


Nota agar hati sentiasa sabar dan syukur. Senyum!
"Kita selalu berharap agar diberikan kurnia cepat, sebaliknya Allah SWT sering memberikan kurnia pada waktu yang tepat. Maka, jagalah urusanmu dengan Allah, nescaya Dia akan menjaga urusan-urusanmu." - Murabbi

عَبْدُ الله بن عَبّاسٍ -رَضِي اللهُ عَنْهُما- قالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَوْمًا، فَقَالَ: ((يَا غُلاَمُ، إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ؛ احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ)).

Abdullah bin ‘Abbas -radhiyallahu ‘anhuma- menceritakan, suatu hari saya berada di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau bersabda, “Nak, aku ajarkan kepadamu beberapa untai kalimat: Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kau dapati Dia di hadapanmu. Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah, dan jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, seandainya seluruh umat bersatu untuk memberimu suatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang telah Allah tetapkan untukmu. Dan andaipun mereka bersatu untuk melakukan sesuatu yang membahayakanmu, maka hal itu tidak akan membahayakanmu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.”

Takhrij Hadits
Sejumlah ulama pengumpul hadis telah mengabadikan hadis ini di dalam karya tulis mereka. Di antaranya adalah: Imam Tarmidzi di dalam kitab beliau, Sunan At Tarmidzi no. 2516, Imam Ahmad bin Hambal di dalam kitab Al Musnad: 1/307, dan beberapa ulama lainnya.


6.8.14

Learn & Lead

Credit to Mr. G


Professional learner.
Professional leader.
Both of these characteristics are needed for being a Muslim professional and a professional Muslim.

"Apa ciri-ciri orang yang profesional dalam pekerjaannya?"
"Bijak memimpin dan mengurus, termasuklah mengurus emosi."
"Tettt!"

So, you have to become aware of your attitudes towards emotional expression.

And, if you keep questioning Allah SWT and being 'upset' with Him, are you a professional?

"Bercakap hanya tentang perkara yang baik-baik dan apabila perlu."
"Kalau tak ada benda baik untuk dicakap?"
"Nabi SAW ajar, diam."
"Okay!"

Keep calm and be professional in your deen.

Please remind me of my words. Syukran.