22.7.11

Singgah


Diam lama. Bungkam sahaja.
Bukan tidak ada modal untuk bercerita.
Tapi, tuntutan komitmen yang perlu diutama.

Saya:
“Ini pilihan saya.”
“Ini keputusan saya.”
Dia:
“Ini bukan jaminan kamu ke syurga. Tapi, inilah peluang amal untuk kamu ke syurga.”

Satu amanah dipikul.
Saya terpukul.
Sudah selamat.
Segalanya tersemat.
Moga beroleh barakah daripada-Nya,
Dia Tuhan Yang Esa.

Untuk memahamkan manusia, kita perlukan kesabaran, kebijaksanaan, kesungguhan dan banyak lagi. Semoga Allah membantu saya dan kamu yang membaca.

Allah, jangan jadikan kami pemimpin dan hamba yang celaka.


Hujung Entri:
Mungkin ada yang tidak faham tulisan dalam entri persinggahan ini. Maaf dipinta. Saya tidak tahu hendak memulakan yang mana dan mengakhirkan yang mana. Yang terkini dan pasti, saya perlu pergi. Berkelana lagi. Sehingga ketemu nanti.

13.7.11

Psst!


I love Allah
just like I love my solah
and people say masya-Allah.
I just want to thank you Allah
for everything you’ve given me
I don’t want to be ungrateful
or sinful.

You see people are asleep,
and don’t even wake up to the beep of fajr
to claim the ajr !
How can one be so ignorant to the prophet’s message?

Ohh.. I fell in love with all these words. Really!

“Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu. Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu.”
[Imam Nawawi]

12.7.11

Hati

Apabila iman tiada di hati,
Perasaan benci mula menghantui,
Apabila iri hati bertakhta di hati,
Perasaan dengki menjadi-jadi.
Wa al-’iyadzu billahi..

“Ataukah mereka (orang-orang Yahudi) dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran karunia yang telah Allah berikan kepadanya?”
[Surah an-Nisa’ : 54]

Hujung Entri:
Ya Allah,
selamatkanlah kami,
selamatkanlah agama kami,
selamatkanlah kami dan agama kami.

7.7.11

Jernih


Aduhai!
Indahnya, bahagianya,
jikalau Tuhan Yang Maha Memberi
mengurniakan hati yang berkeping-keping
jernih sekali rupanya kepadaku.

Oh, alangkah!
Ingin sekali kupunyai
hati putih bak gelas jernih bersih.

Andai ada sebutir debu
walau hanya halus tirus,
mataku pasti mudah sahaja melihatnya.

Andai ada kesalahan dilakukan,
cepat sekali hati khalis itu merasakan.

Tidak sibuk menyalahkan yang lain,
tetapi sibuk menilai diri.

Oh, alangkah!
Beruntungnya orang yang berhati bersih,
seperti gelas jernih yang di dalamnya ada cahaya.
Selain bisa menerangi seisi gelas,
ia juga bisa menerangi sekitarnya.


Yang mengharap,
khairunnisa.bohari


6.7.11

Juang

Perjuangan..
dirintis oleh orang-orang yang alim
difikirkan oleh orang-orang bijak
diperjuangkan oleh orang-orang yang ikhlas
dimenangkan oleh orang-orang yang berani.

Tapi,
perjuangan itu
seringkali..
dinikmati oleh para pengecut!

Benarkah?


Hujung Entri:
Ayuh! Mari berfikir. Lantunkan zikir.

Harapan

bismillah

Mari lakarkan senyuman!😉

Entah, tidak tahu hendak mulakan yang mana. Terlalu banyak perkara yang ingin disampaikan, banyak yang hendak dikhabarkan. Namun, terkadang lenyap dimamah masa.

Apapun, setiap kali bangkit dari tidur, yang pastinya tika dan saat itu, syukur dipanjatkan kepada satu-satunya Ilah dan Rabb, Allah swt. Setiap kali itu jualah, harapan disematkan agar dunia ini akan bertambah kebaikannya, bertambah orang-orang yang suka pada jalan-Nya. Dan setiap kali mata ini terbuka, jiwa ini berharap agar masa silam tidak lagi menghantui perjalanan hidup hari ini, tidak lagi menjadi batu penghalang besar untuk hati ini, jasad ini menjadi insan yang bertaqwa. Moga-moga.

“Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan yang sia-sia dan senda gurau yang melalaikan; sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu berfikir?”
[Surah al-An’am : 32]

5.7.11

Susahnya!


Hari ini, saya ingin membongkar sesuatu. Sesuatu yang berkaitan dgn manusia. Perihal tabiat manusia. Tabiat yang seringkali dipandang remeh. Apa dia?

Alasan. A.L.A.S.A.N

Perkataan yang seringkali disebut dan didengar, sehingga menjadi kebiasaan.
Something to ponder.. Apakah ALASAN?

Quoted from a famous book author:
(saya pernah membaca bukunya, tapi tak ingat judul buku dan nama penulisnya)
"Alasan merupakan senjata atau lebih tepat lagi ia adalah satu mekanisme perisai yang seringkali digunakan untuk mematahkan serangan bicara pihak lawan. Sedar atau tidak, alasan adalah sesuatu yang melambatkan kita."

“Bila nak berhenti merokok ni bang?”
“Alah Jijah.. bila bekalan rokok di seluruh dunia ni dah habis, abang berhenti lah..”
Lalu, si suami merokok sepanjang hidupnya kerana bekalan rokok masih belum habis. Doktor mengesahkan bahawa si suami mengalami penyakit radang peparu. Penyakitnya semakin kritikal. Ditakdirkan pada suatu hari, si suami meninggal dunia akibat penyakit yang berpunca daripada rokok itu.


“Malik, dah siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi?”
“Alah mak ni.. balik-balik tanya soalan tu. Nanti lah Malik siapkan, cuti ada seminggu lagi.”
Seminggu berlalu. Malik tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya. Sedikitpun tidak diselesaikannya kerana langsung lupa. Hari pertama persekolahan selepas bercuti, Malik didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberinya.

Acapkali, kita cenderung untuk mencipta 1001 alasan untuk diri sendiri dan kita juga ciptakan khas 1001 kesalahan untuk orang lain.
“Elehh.. dia ingat bila 'dressing' macam tu boleh masuk syurga lah tu.. Hei, walaupun aku tak menutup aurat, tapi hati aku baik tau!”

Imam Al-Ghazali pernah berkata,
“Sewajarnya kita mencari alasan bagi keterlanjuran sahabat itu sehingga 70 alasan.”

Instead of giving excuse, why don’t we critic ourselves? It’s a good habit actually.

Monolog dalaman,
“Apa yang aku dah buat untuk Islam?”
“Hari ini, apa yang aku buat untuk Allah?”

Bagi meningkatkan kualiti peribadi diri, muhasabah adalah perkara utama yang perlu sentiasa dilakukan, perlu sentiasa diutamakan. Apa salahnya kita luangkan empat hingga lima minit untuk merenung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang melalui kehidupan pada hari-hari yang kita lalui?

"Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya."
[Surah al-Maidah : 48]

Ketahuilah bahawa kata-kata yang keluar dari mulut kita bukanlah sesuatu yang boleh djadikan A.L.A.S.A.N apabila berhadapan dengan Allah swt nanti. Siapa kita untuk memberi alasan di hadapan Allah?


Allahu a’lam.
Semoga ada yang bisa dijadikan iktibar.


4.7.11

Terasing

Sang Pencerah

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Sahihnya dari jalan Abu Hurairah r.a, beliau berkata; Rasulullah s.a.w bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”
(HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234)

"Agama itu bukan rangkaian aturan-aturan yang bisa dipermudah atau dipersulitkan.
Agama itu sebuah proses, seperti udara pagi yang kita hirup secara perlahan-lahan ke tubuh kita.
Menyegarkan hati dan pikiran kita.
Bayangkan yang kita hirup itu angin puting beliung.
Tubuh kita tidak hanya hancur, tapi terhempas tak berdaya.
Dibawa arus tak tentu arah."

"Apakah kita rela melihat umat kita berserakan dan lari,
menjauh dari agama - hanya kerana kita salah memberikan pengertian?"

[ Kiyai Ahmad Dahlan: Sang Pencerah ]


Hujung Entri:
Sungguh, saya tidak rela!

1.7.11

s.p.i.r.i.t


Berbahagialah orang yang
berhati
TULUS
dalam setiap tarikan nafasnya,

yang senantiasa
IKHLAS
menjalani apapun ketentuan
dan
jalan hidup yang Allah berikan untuknya,

yang senantiasa
BERBAIK SANGKA
bahawa sesulit apapun perjalanan
jika dilalui dengan
harapan dan doa
akan menuju
akhir yang gemilang.

Insya-Allah.


Hujung Entri:
*Rupanya, sudah dua hari blog ini tidak dikemas kini dengan entri baru. Semoga Allah masih mengizinkan saya untuk berbahagi lagi di sini. Doakanlah.